Posts

Showing posts with the label Kota Kinabalu

Polis siasat laporan kamera kecil tersembunyi dalam inap desa

Image
Polis siasat laporan kamera kecil tersembunyi dalam inap desa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168140 KOTA KINABALU  - Satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat laporan pasangan warga China yang menemukan kamera kecil tersembunyi dalam soket di sebuah bilik inap desa di sini yang kini tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan kes tersebut berdasarkan Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Ia setelah pihaknya menerima laporan polis daripada pasangan tersebut pada 5.27 petang, 7 September lepas. "Siasatan awal di tempat kejadian telah dijalankan dan rampasan ke atas barang kes telah dibuat, usaha untuk mengenal pasti suspek sedang dilakukan," katanya menerusi kenyataan hari ini. Beliau berkata pihak polis menafikan telah meminta pengadu untuk memadamkan hantaran yang telah dibuat pengadu di platform medianya. Katanya orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut boleh me

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Image
Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338 KOTA KINABALU: Seorang wanita maut dipercayai dibunuh oleh bekas tunangnya di sebuah premis dalam pusat beli belah di Jalan Haji Saman, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah itu, mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dalam premis berkenaan dengan beberapa kesan tikaman pada tubuhnya. Pada masa sama, suspek berusia 33 tahun yang masih berada di lokasi kejadian berjaya ditahan pasukan polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian. Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa masih bernafas dalam keadaan berlumuran darah dan pegawai perubatan segera memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR). VIDEO berkaitan: https:/

Firefly lancar penerbangan terus Kota Kinabalu-Kuching

Image
Firefly lancar penerbangan terus Kota Kinabalu-Kuching BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164812 Firefly telah melancarkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Kuching bermula 16 Mei lepas. Firefly menerusi satu hantaran di Instagram rasminya mendedahkan selain Kuching, pihaknya turut menyediakan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Tawau dan Sandakan. “Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah memulakan operasi penerbangan terus pergi dan balik dari Kota Kinabalu ke Kuching, Tawau dan Sandakan,” menurut hantaran terbabit. Terdahulu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penambahan penerbangan terus ke Kuching itu akan merancakkan lagi kedatangan pengunjung luar ke negeri ini.

[VIDEO] Jalan Kota Kinabalu-Sandakan terputus akibat pembetung runtuh

Image
  [VIDEO] Jalan Kota Kinabalu-Sandakan terputus akibat pembetung runtuh BACA seterusnya di https://pakdin.my/161533/ KOTA KINABALU: Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di kawasan Ranau ditutup sementara kerana kegagalan pembetung yang runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan sepanjang hari ini 4 Januari 2023. Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kejadian kegagalan pembetung di kawasan KM 109.378, Ranau itu membahayakan laluan berkenaan dan tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan. Kejadian kira-kira jam 10 malam itu menyebabkan ratusan kenderaan terkandas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. "Pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru (hanya untuk kenderaan Kecil). "Semua pengguna jalan raya dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," menurut kenyataan itu. Jalan Kota Kinabalu-Sandakan adalah antara jalan utam

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

Image
[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160414/ KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5 Ogos 2022. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian kira-kira 11:24 malam itu meragut nyawa seorang lelaki berusia 44 tahun iaitu pemandu kenderaan berkenaan. "Dua lagi yang maut adalah anak lelaki pemandu terbabit dikenali Alkail, 16, serta anak perempuannya yang dikenali sebagai Sazfa berusia 11 tahun...bagaimanapun kita belum dapat mengenal pasti identiti pemandu berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Zaidi berkata seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai ahli keluarga mangsa mengalami cedera parah dan kini dirawat di hospital. Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Angkasa Apartment, Rampayan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kot

[VIDEO] Dua kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh

Image
[VIDEO] Dua kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160182/ KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera tertimbus tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi. Mangsa Isa Sabri, 2 dan Norain Jaziz, 11, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE). Manakala Siti Nur, 28, parah patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki menerima rawatan di HQE. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.26 malam tadi. Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga. “Terdapat empat mangsa terbabit iaitu satu cedera di bahagian kaki manakala

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

Image
[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’ Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159491   KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut Pengarah Meteorologi Sabah, Amirzudi Hashim, garis badai yang melanda di kawasan pantai barat Sabah ialah barisan ribut petir bergerak yang panjangnya boleh mencapai sehingga ratusan kilometer dan tempoh hayat selama beberapa jam. Katanya, garis badai menghasilkan langkisau dan hujan lebat yang dahsyat serta meluas berbanding ribut petir individu. “Garis badai yang berlaku pada awal pagi tadi mula terbentuk di Laut China Selatan berdekatan perairan Brunei pada awal subuh dan bergerak sepanjang Pantai Barat Sabah. “Hujan mula direkodkan di Stesen Meteorologi Labuan bermula pada jam 5 pagi dan di Stesen Meteorologi Kota Kinabalu bermula pada jam 7 pagi,” katanya ketika diminta penjelas

[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu

Image
[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu [Sumber: https://pakdin.my/?p=154773 ] KOTA KINABALU - Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah pacuan empat roda selepas seorang wanita bertindak memandu secara agresif cuba melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Jalan Sepanggar di sini, pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dilaporkan sebagai kenderaan curi dikesan berada di tepi Jalan Tun Fuad Stephen, Pasar Kraftangan yang dipandu seorang wanita tidak dikenali. Orang awam yang menyedari kenderaan terbabit bertindak memaklumkan kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, sebaik menerima laporan itu, pasukan unit peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) polis berjaya mengesan kedudukan kenderaan yang berada di Jalan Tanjung Lipat. &quo

20 rumah setinggan di Kolombong, KK musnah terbakar

Image
 20 rumah setinggan di Kolombong, KK musnah terbakar [Sumber: https://pakdin.my/?p=153609 ] Kira-kira 20 rumah setinggan yang terletak berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Kolombong, Kota Kinabalu musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi. Dalam kejadian pada 4 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, bagaimanapun seorang lelaki dilaporkan mengalami sesak nafas. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 pagi tadi. Katanya, sepasukan 28 anggota dan pegawai bersama tiga jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penampang dan Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian. “Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran didapati membabitkan rumah setinggan berkeluasan 5,574 meter persegi. “Operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak ke sebahagian besar lagi rumah setinggan b