Posts

Showing posts with the label Tembak

▶️ Imam masjid New Jersey mati ditembak

Image
▶️ Imam masjid New Jersey mati ditembak https://pakdin.my/174804/ TRENTON, NEW JERSEY – Polis masih mengesan seorang lelaki bersenjata yang menembak seorang imam di luar sebuah masjid dalam kejadian di negeri New Jersey, lapor saluran berita NBC News. Pengarah Keselamatan Awam Newark, Fritz Frage berkata, kes tembakan itu berlaku sekitar pukul 6.15 pagi (waktu tempatan) di South Orange Avenue and Camden Street semalam 3 Januari 2023. Mangsa yang dikenali sebagai Hassan Sharif, kemudian dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Dia meninggal dunia akibat kecederaan sekitar pukul 2.20 petang (waktu tempatan) pada hari yang  sama. Suspek yang memakai pakaian serba hitam dilihat melarikan diri dari lokasi kejadian. Tiada butiran lain mengenai suspek ditemui oleh pihak berkuasa.  Pemangku Pendakwa Raya Daerah Essex, Theodore Stephens bagaimanapun memaklumkan bahawa Sharif telah ditembak lebih daripada sekali. “Ketika insiden berat sebelah terhadap orang Islam melonjak, keganasan senjat

🎦 Remaja bersenjata lepaskan tembakan di dalam Siam Paragon Mall, tiga mati, lima cedera

Image
🎦 Remaja bersenjata lepaskan tembakan di dalam Siam Paragon Mall, tiga mati, lima cedera BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168730/ Remaja berusia 14 tahun ditahan kurang sejam selepas mengamuk di dalam Siam Paragon Polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang mengamuk di dalam pusat beli-belah Siam Paragon, membunuh tiga orang dan mencederakan empat yang lain pada petang Selasa. Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.20 petang itu menyebabkan ratusan orang melarikan diri dari pusat beli-belah di daerah Pathum Wan di Jalan Rama I di tengah Bangkok. Saksi berkata, lebih 10 das tembakan kedengaran. Yuthana Srettanan, pengarah Pusat Kecemasan Erawan, mengesahkan jumlah kematian dan cedera dalam mesej kepada pemberita. Daripada yang cedera, tiga orang termasuk seorang warga asing dimasukkan ke Hospital Memorial King Chulalongkorn dan seorang dirawat di Hospital Besar Polis. Video dan imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan seorang lelaki berbaju hitam dan bersel

🎦 Pelajar lelaki bersenjata menembak mati tiga orang di universiti Rotterdam

Image
🎦 Pelajar lelaki bersenjata menembak mati tiga orang di universiti Rotterdam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168482 ROTTERDAM: Suspek berusia 32 tahun, seorang pelajar universiti, menembak mati seorang wanita berusia 39 tahun yang tinggal di kawasan kejiranannya, dan menembak anak perempuannya berusia 14 tahun. Wanita itu meninggal dunia kemudian di hospital, kata polis. Selepas membakar rumah wanita itu, lelaki bersenjata itu pergi ke hospital universiti Pusat Perubatan Rotterdam, di mana dia memasuki bilik darjah dan menembak mati seorang guru berusia 43 tahun. Lelaki itu telah ditangkap berhampiran hospital, di mana dia turut memulakan kebakaran. Motifnya tidak diketahui. "Kami telah dikejutkan dengan kejadian ngeri. Tembakan dilepaskan di dua tempat berbeza di bandar itu. Ramai orang menyaksikannya," kata Datuk Bandar Rotterdam, Ahmed Aboutaleb. "Emosi di bandar sangat tinggi. Takziah saya ucapkan kepada mangsa." Ketua pendakwa raya Rotterdam Hugo Hillena

🎦 Suspek kes tembak di Machang baru lepas sembelih seekor lembu

Image
🎦 Suspek kes tembak di Machang baru lepas sembelih seekor lembu Baca seterusnya di: https://pakdin.my/168373 / -  MACHANG – Salah seorang suspek yang maut ditembak selepas melarikan diri semasa dikejar sebuah kereta peronda (MPV) polis di Labok di sini hari ini dipercayai baru lepas menyembelih seekor lembu. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, suspek berusia 33 tahun bersama rakannya 43 tahun didapati terlibat dalam kegiatan mencuri lembu di Kampong Joh, Labok di sini. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, siasatan lanjut mendapati, terdapat seekor lembu yang baru disembelih di lokasi tersebut. Menurutnya, MPV bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat awam bahawa terdapat sebuah kereta jenis Toyota Vios berada dalam keadaan mencurigakan di Kampung Joh di sini. “Anggota polis kemudiann terserempak dengan kereta dinaiki kedua-dua suspek, namun pemandunya bertindak memecut laju melalui jalan Machang ke arah Kota Bharu. “Polis memb

Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang

Image
Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang Baca seterusnya di: pakdin.my/167886 -  MACHANG – Seorang pemilik bengkel maut dipercayai terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki yang menaiki dua buah kereta, di depan sebuah premis alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang (17 September 2023) itu, mangsa, Mohd. Faiz Zahari, 37, meninggal dunia di tempat duduk pemandu sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton. Saksi kejadian, Mohd. Zulkarnain Abdullah, 27, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar tiga das tembakan secara berturut-turut. Menurutnya, ketika itu, dia berada di dalam kedai runcitnya yang terletak beberapa meter dari lokasi kejadian. “Saya terus bergegas keluar dan mendapati dua buah kereta memecut laju selepas bunyi tembakan itu. “Saya keluar dari kedai dan menjenguk ke dalam Mitsubishi Triton itu, sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah dan sudah tid

Dua anggota polis ditembak penyerang hendap di Yala

Image
Dua anggota polis ditembak penyerang hendap di Yala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164871 YALA: Dua pegawai polis ditembak dan cedera dalam satu serangan hendap di daerah Muang wilayah sempadan selatan ini pada petang Selasa. Serangan berlaku kira-kira 12.20 tengah hari di jalan Ban Niang - Lam Mai di Tambon Phron. Letnan Kolonel Polis Suthan Kaewkhiri dan Sgt Mej Polis Suthipong Sangthong kembali ke balai polis Lam Mai dengan menaiki pikap polis selepas menyelesaikan tugasan. Kenderaan mereka berada di pusingan U di hadapan sebuah kilang parawood apabila penyerang yang bersembunyi di tepi jalan melepaskan tembakan ke arah mereka. Kedua-dua anggota polis itu cedera akibat tembakan dan kemudian kejarkan ke Hospital Yala untuk mendapatkan rawatan. Cermin depan pikap dan tingkap belakang kedua-duanya ditembusi peluru. Polis sedang menyiasat.

Tiga orang ditembak mati

Image
Tiga orang ditembak mati BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654 PHETCHABURI: Polis pada petang Rabu (22 Mar 2023) mengepung sebuah rumah di mana seorang lelaki bersenjata bersembunyi selepas membunuh tiga orang dan mencederakan tiga lagi. Pegawai polis meminta ibu lelaki melalui pembesar suara polis untuk memujuk anaknya menyerah diri, tetapi tidak berjaya. Gabenor Phetchaburi Natthachai Namphunsuksan juga cuba bercakap dengan penembak tetapi dia terus melepaskan tembakan. Ini susulan kejadian tembakan yang bermula sejurus selepas 1.30 tengah hari di Soi 4 ​​taman perumahan Krungphet Villa bertentangan dengan pusat beli-belah di tambon Ton Mamuang. Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. Mereka yang cedera termasuk Kanoksak Muthakan, ketua Pertubuhan Pentadbiran Ton Mamuang Tambon, yang tiba di tempat kejadian untuk mengendalikan keadaan. Pipi dan teling

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Image
Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611 Polis menahan empat suspek berhubung pembunuhan empat lelaki yang mayat mereka ditemui di Tasik Juerae dan Sungai Kolok di wilayah selatan Narathiwat dua hari lalu. Penduduk menemui tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok, berhampiran tasik, lewat hari itu. Pegawai polis itu percaya bahawa mereka semua dibunuh kerana konflik berkaitan pengedaran dadah. Empat individu yang maut dikenal pasti sebagai Niheng berusia 27 tahun, Muhammad-aliya 38 tahun, Aussawe 19 tahun dan Mooseng 32 tahun. KhaoSod melaporkan hari ini bahawa pegawai Polis Wilayah Narathiwat menahan empat suspek berkaitan kes pembunuhan itu. Dua suspek ditahan pada malam Rabu, dan dua lagi diberkas tengah hari semalam. Polis juga telah merampas senjata, termasuk pistol 9mm dan 32mm, dip

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Image
[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/   NARATHIWAT: Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. Kejadian berlaku di kawasan Bilot Tempat 3 Mukim Sako Daerah Sisakon Wilayah Narathiwat.  Mangsa yang maut dikenali sebagai Badariyah Cek Using, 33 tahun manakala Nusan Haji Matmin, 33 tahun mengalami kecederaan. Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://t.co/gU0fyoH2f5 ................. pic.twitter.com/l9yPrKrnKJ — Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) January 27, 2023

AJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman

Image
AJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161011/ Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, yang cedera ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali malam kelmarin, masih ditidurkan setelah pembedahan membuang peluru berjaya dilakukan. Keadaannya juga dilaporkan semakin stabil dan tidak lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Adik ipar mangsa, Shazwan Razali, 33, berkata Kamarul Fadzreen yang juga sukarelawan polis, semakin stabil berbanding semalam. “Kami bersyukur keadaannya semakin baik. Doktor memaklumkan keadaan abang ipar semakin stabil berbanding semalam dan kini sudah tidak menggunakan bantuan alat pernafasan. “Namun, dia masih perlu ditidurkan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya menurut laporan BH, hari ini. Sementara itu, ibu mangsa, Fadzliza Ilias, 53, berkata, anaknya memaklumkan mahu keluar berte

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

Image
[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160840/ LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran bertindak melepaskan satu das tembakan yang mengenai cermin belakang kereta milik mangsa. "Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), salah seorang suspek telah melepaskan satu das tembakan dan mengenai kenderaan mangsa. "Suspek kemudiannya cuba melepaskan tembakan ke arah hadapan rumah, namun dipercayai pistol gagal berfungsi sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu. Menurut Mohd Yusri, rumah berkenaan didiami mangsa bersama isteri dan dua anaknya. "Ketika kejadian isteri mangsa telah terdengar bunyi letupan di luar rumah pada waktu pagi, namun tid

Bekas ahli perniagaan maut ditembak 3 das lepas main mahjung

Image
Bekas ahli perniagaan maut ditembak 3 das lepas main mahjung Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159585 Selesai bermain mahjung, lelaki berusia 63 tahun itu telah keluar dari rumah terbabit dan berjalan kaki menuju ke kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire miliknya. Tidak berapa lama kemudian, saksi telah terdengar bunyi tiga das tembakan dari arah tempat letak kereta. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. KUALA LUMPUR - Seorang bekas ahli perniagaan mati ditembak dengan tiga das tembakan selepas pulang bermain mahjung di rumah rakannya di kawasan perumahan elit di Jalan Desa Kiara 1 di sini awal pagi Selasa (12/7/2022). Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan melaporkan berkenaan kejadian itu pada jam 12.09 tengah malam. Menurutnya, selesai bermain mahjung, lelaki berusia 63 tahun itu telah keluar dari rumah terbabit dan berjalan kaki menuju ke kenderaan pelbagai guna

(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak

Image
(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak Selanjutnya di:   https://pakdin.my/159197 PASIR MAS: Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini petang semalam. Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan. Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut telah menemukan satu kelongsong peluru di bahagian belakang tempat meletak kaki penumpang sebelah pemandu. “Hasil temu bual dengan saksi awam mendapati kereta mangsa berada di tepi jalan tersebut sejak petang Jumaat. “Semakan awal mendapati kereta tersebut didaftark

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Image
[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158521   Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand yang bersempadan di daerah Tumpat, Kelantan. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, aset ini meliputi pemantauan helikopter dan dron. "Kita (PDRM) dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan. "Selain kawalan sempadan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah menambah anggota dan aset PGU melibatkan pemantauan helikopter dan dron," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Tambahnya, penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mengesan sesuatu yang mencurigai. Dalam kej

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Image
[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158517 Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan semalam. “Kami tidak mahu membuat spekulasi mengenai motif pembunuhan kerana siasatan masih dijalankan,” katanya kepada FMT. Suresh berkata, kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian tembakan juga sedang dianalisis. Mangsa, Murali Shunmugam, 36, dari Bukit Selambau, didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal sebelum salah seorang suspek melepaskan beberapa tembakan di depan sebuah restoran di Jalan Bakar Arang, semalam. Tembakan itu mengenai kepalanya dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja memasuki keretanya manakala isteri dan anak lelakinya sedang berjalan keluar dari restoran di seberang jalan. Semalam, Ketua Pol

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

Image
[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA Selanjutnya di: https://pakdin.my/158506   SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari ketika mangsa dikenali sebagai Murali Shanmugan berusia 36 tahun berjalan ke arah kenderaan Toyota Vellfire miliknya sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal. Suspek dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya lapan das tembakan yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di badan serta muka dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa dikatakan datang ke restoran terbabit bersama isteri, seorang kanak-kanak dipercayai anak angkat serta rakannya dan baru selesai membungkus makanan untuk dibawa pulang. Bagaimanapun, sebaik membuka pintu kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya, mangsa dihampiri empat lelaki yang menunggang motosikal dan terus melepaskan tembakan dari jarak dekat dan difahamkan ketika itu

[Video] Kastam tembak lori bawa arak seludup enggan berhenti

Image
[Video] Kastam tembak lori bawa arak seludup enggan berhenti Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158263 .... ISKANDAR PUTERI: Beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan pegawai Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) ke arah sebuah lori membawa minuman keras tanpa cukai yang enggan berhenti selepas merempuh kereta peronda polis (MPV) di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.12 petang itu lori berkenaan dikejar jauh 20 kilometer bermula dari Jalan Danga Bay sebelum berjaya ditahan di susur Tol Lima Kedai di sini sejam kemudian. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan bantuan dari pegawai kastam terbabit untuk menahan sebuah lori yang disyaki membawa muatan tidak bercukai, dalam kejadian jam 1.12 petang itu. Katanya, tiga MPV diarah ke lokasi dan pemandu lori berusia 40-an itu berjaya ditahan di Jalan Tuas Lima Kedai, di sini. "Sebelum berjaya ditahan, lori berkenaan melanggar sebuah MPV polis sehingga mengalami kerosakan pada bahagian belakang, tetapi t

[Video] Pengawal keselamatan maut, rakan cedera ditembak

Image
[Video] Pengawal keselamatan maut, rakan cedera ditembak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156838 - SUBANG – Seorang pengawal keselamatan maut manakala rakan sekerjanya cedera akibat ditembak dalam kejadian rompakan berdekatan sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pengawal keselamatan itu sedang membawa sejumlah wang. “Mereka dikatakan sedang mengawal van keselamatan berkenaan ketika kejadian. “Suspek yang menembak kedua-dua mangsa dipercayai berjaya meloloskan diri,” ujarnya. Jelas beliau, maklumat lanjut berkenaan kejadian itu belum dapat dipastikan. “Kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada kedua-dua mangsa hendak mengambil wang dari bank tersebut atau mengeluarkan wang dari van untuk dibawa ke bank di lokasi kejadian,” ujarnya.

[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu

Image
[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu [Sumber: https://pakdin.my/?p=154773 ] KOTA KINABALU - Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah pacuan empat roda selepas seorang wanita bertindak memandu secara agresif cuba melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Jalan Sepanggar di sini, pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dilaporkan sebagai kenderaan curi dikesan berada di tepi Jalan Tun Fuad Stephen, Pasar Kraftangan yang dipandu seorang wanita tidak dikenali. Orang awam yang menyedari kenderaan terbabit bertindak memaklumkan kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, sebaik menerima laporan itu, pasukan unit peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) polis berjaya mengesan kedudukan kenderaan yang berada di Jalan Tanjung Lipat. &quo