Posts

Showing posts with the label Perintah Sekatan

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Image
[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1 Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan sekumpulan individu mendakwa waris Sultan Sulu berhubung pertikaian dengan kerajaan Malaysia berkaitan bayaran pajakan ke atas Sabah. Kumpulan itu mahu mencabar keputusan mahkamah lebih rendah sebelum ini yang membatalkan pelantikan seorang penimbang tara untuk mendengar pertikaian itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata Putrajaya baru menerima pengesahan rasmi mengenai keputusan Mahkamah Perlembagaan itu. Pada Feb 2022, sebuah mahkamah timbang tara Perancis mengarahkan Putrajaya membayar pampasan USD14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu. Penimbang tara Gonzalo Stampa memutuskan bahawa Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kesultanan Sulu di Filipina dengan wakil Syarikat British Borneo Utara yang mentadbir Sabah ketika itu. VIDEO berkaitan: Azalina b

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Image
Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1 Mahkamah di Luxembourg telah memutuskan untuk menarik balik perintah sekatan (saisie arrêt) yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refomasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina berkata pada 24 Jan lepas, Mahkamah Daerah Luxembourg telah mengetepikan perintah sekatan yang dipohon kumpulan itu pada 11 Julai tahun lepas (2022). Beliau berkata perintah sekatan itu dibuat berasaskan kononnya Keputusan Muktamad (Final Award) dan Keputusan Awal (Preliminary Award) yang didakwa dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr Gondoza Stampa, masing-masing pada 28 Feb dan 25 Mei tahun lepas serta Perintah Exequatur secara ex parte pada 18 Mei 2022, yang mengiktiraf keputusan di Luxembourg. Dr Stampa dilapo