Posts

Showing posts with the label Video

Polis Thailand ingatkan pasangan kekasih tidak rakam video seks pada hari Valentine

Image
Polis Thailand ingatkan pasangan kekasih tidak rakam video seks pada hari Valentine BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162367 Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi telah memberi amaran kepada pasangan kekasih supaya tidak merakam video seks mereka pada Hari Valentine bagi mengelak daripada diperas ugut selepas hubungan mereka berakhir. Pol Kol Siriwat Deepor, timbalan komander bahagian itu, berkata pada hari Ahad bahawa pasangan kekasih sering menyatakan keghairahan mereka antara satu sama lain pada Hari Valentine, tetapi mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga - dengan tidak merakamnya dalam video. "Pasangan kekasih mungkin secara sukarela merakam hubungan seksual mereka. [Tetapi] jika mereka berpisah pada masa hadapan, lelaki mungkin memuat naik klip dalam talian dan mencemar maruah pasangan wanita," katanya. Kes sebegini termasuk dalam kategori "sextortion" oleh mereka yang mempunyai bahan lucah orang lain dalam simpanan mereka. Pesalah sedemikian boleh ja

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

Image
[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160798 KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal di hadapan sebuah kedai runcit di Setapak Jaya, Selasa minggu lalu. Kelmarin, polis mengesan sebuah video yang dimuat naik oleh @nanmanjoi di Twitter memaparkan insiden ragut tersebut sekitar pukul 11.50 pagi. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, laporan telah dibuat mangsa minggu lepas dan kini dalam proses mengesan suspek. “Mangsa ketika itu sedang berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan di kawasan tersebut sebelum sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC meluru ke arahnya dari hadapan dan terus meragut rantai leher yang dipakai mangsa. “Siasatan awal mendapati suspek ketika kejadian memakai topi keledar warna merah dan baju lengan panjang warna gelap,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. https://youtu.be/_WtN

[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’

Image
[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160585/ Dua lelaki ditangkap orang awam kerana disyaki cuba meragut seorang wanita di Persiaran KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Ahad 21 Ogos 2022. Kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di Twitter, menunjukkan beberapa orang awam menyelamatkan seorang wanita “berbaju kelawar” yang cuba melawan selepas begnya diragut dua lelaki bermotosikal. Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata dua suspek yang masing-masing seorang lelaki tempatan dan warga asing berusia 32 dan 35 tahun itu, ditahan dalam kejadian 9:38 malam. “Kami turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar serta serangkai kunci,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, dua lelaki itu direman lima hari mulai semalam hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan. https://www.instagram.com/tv/ChmO9TZAsV_/?utm_source=ig_web_copy_link

[VIDEO] Tiga rentung dalam kebakaran

Image
  [VIDEO] Tiga rentung dalam kebakaran BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160556/ SANDAKAN: Lelaki dan dua wanita rentung dalam satu kebakaran di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, di sini, malam tadi. Bagaimanapun, dalam kejadian 10.30 malam itu, identiti mangsa berkenaan belum diperolehi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 10.35 malam. Menurutnya, sejurus itu, sepasukan 18 anggota bomba bergegas ke lokasi kebakaran yang terletak sejauh sembilan kilometer dari BBP Sandakan, menggunakan sebuah jentera penyelamat dan sebuah lori tangki. Menurutnya, sebaik tiba, didapati sebuah rumah dua tingkat jenis kekal terbakar lalu usaha memadamkan kebakaran segera dijalankan. "Kira-kira 11 malam, api berjaya dikawal sebelum pemeriksaan menemui tiga mangsa rentung di tingkat bawah, di bahagian ruang tamu rumah. https://youtu.be/lHz4BORM7hU "Namun demikian, setakat ini identiti sebenar