Posts

Showing posts with the label Perhimpunan Agung UMNO

[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan

Image
[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165753 Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Timbalan Presiden UMNO. Para perwakilan yang saya hormati, 1. Marilah kita melafazkan rasa syukur yang tulus dan mendalam, kepada Allah SWT, kerana mengizinkan keberlangsungan pertemuan kita, pada malam yang bermakna ini. 2. Semoga perhimpunan kita ini, mendapat keberkatan, demi perjuangan kita untuk agama, bangsa dan tanahair. 3. Malam ini, saya mohon kita membelakangkan segala perbezaan. Mengenepikan segala emosi, dan memperbaharui setiakawan kita demi UMNO. Demi Malaysia. Demi bangsa Melayu. 4. Ketepikan segala apa jua kemarahan, dendam, luka dan nestapa. 5. Akhirnya, di mana ada manfaatnya, semua kemarahan, kebencian dan perbezaan tersebut untuk bangsa dan parti? 6. Jangan musnahkan UMNO dengan amarah, dan d

Perhimpunan Agung UMNO 2023 Lebih Awal, Sebelum PRN – Ahmad Zahid

Image
Perhimpunan Agung UMNO 2023 Lebih Awal, Sebelum PRN – Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163305 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2023 diadakan lebih awal berbanding kebiasaan, iaitu sebelum jentera parti turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti. Terdahulu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan tarikh persidangan parti terbabit bermula 7 hingga 10 Jun depan. “Untuk pengetahuan semua, mesyuarat MKT tadi telah menetapkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2023 bermula pada 7 sehingga 10 Jun. “Kita laksanakan Perhimpunan Agung UMNO agak awal kerana selepas itu kita akan menjelajah ke negeri-negeri untuk proses berkempen dan menggerakkan jentera bagi PRN,” katanya. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/UJ8fdZqPmnI Katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia di WTC Kuala Lumpur di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa konven

[VIDEO] PAU2022: Ucapan Dasar Presiden UMNO Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi

Image
[VIDEO] PAU2022: Ucapan Dasar Presiden UMNO Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161811 Yang Berbahagia, Tan Sri Pengerusi Tetap YB Dato Seri Utama Timbalan Presiden UMNO Yang Berhormat / Yang Berbahagia Naib-Naib Presiden Yang Berhormat Ketua Wanita UMNO Malaysia Yang Berbahagia Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Keluarga besar dan para penyokong UMNO yang saya hormati sekalian 1. Tatkala merenung ke bawah, seawal saya memasuki Dewan Merdeka sebentar tadi, saya melihat wajah-wajah saudara saudari sekalian, terdetik di hati saya, In Sha Allah dengan izin-Mu jua ya Allah, parti keramat ini masih punya masa hadapan yang cerah. 2. Manakan tidaknya, daripada raut wajah saudara saudari sekalian, saya dapat merasakan, parti ini masih didukung oleh para pemimpin akar umbi, yang terpancar ketulusan dan keikhlasan di wajahnya. Walau dibadai tsunami ganas politik, saudara saudari tetap istiqamah dan seti

[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda & Puteri UMNO 2022

Image
[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda & Puteri UMNO 2022 BACA seterusnya di https://pakdin.my/161752/?amp=1 Para perwakilan yang saya hormati; 1. Terlebih dahulu marilah kita sama2 melafazkan rasa syukur, yang tulus dan mendalam, kepada Allah SWT, kerana mengizinkan, keberlangsungan pertemuan kita, pada malam yang bermakna ini. 2. Allah yang Maha Mengatur segalanya. Dan kepada Allah jualah, kita memohon hidayahNya, agar pertemuan pada malam ini, menjadi perhimpunan yang membuahkan kebaikan. Khususnya kepada agama Islam, tanah air tercinta, dan orang Melayu kita. 3. Kepada semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri, selamat dating, dan selamat bersidang, saya ucapkan. Para perwakilan sekelian, 4. Saya amat sedar bahawa, kita sedang berhimpun, di suatu malam, dalam pertemuan, yang sangat luar biasa. 5. Malam dan pertemuan, yang bukan mudah, bagi kita semua. Apatah lagi, buat kami, di barisan pimpinan tertinggi. 6. Malam yang kami harus tampil, menjelaskan setiap p