Jodoh Azurin di Eropah berakhir


Jodoh Azurin di Eropah berakhir

https://pakdin.my/174786/

HAJAT penjaga gol skuad wa­nita kebangsaan, Nur Azurin Mazlan untuk terus melebarkan ‘sayapnya’ lebih lama lagi di benua Eropah tidak kesampaian selepas tamat kontrak dengan kelab Kosovo, KFF Presingu FC.

Pemain berasal dari Selangor itu berada di Kosovo sejak 25 Ogos lalu dan dijadualkan pulang ke tanah air hari ini selepas kontraknya beraksi dalam saingan Liga Wanita Kosovo berakhir 31 Disember lalu.

Bagaimanapun, Azurin, 23, sama sekali tidak menyesal, sebaliknya berbangga kerana dapat pengalaman bernilai beraksi di luar negara buat kali kedua dalam kariernya.

“Kontrak saya sudah tamat dengan KFF Presingu selepas tidak disambung. Kita setuju untuk tidak disambung atas sebab-sebab tertentu.

“Doakan yang baik-baik untuk perjalanan kami. Insya-Allah pe­rancangan lebih besar daripada apa yang kita jangkakan,” kata­nya.

Ini adalah kelab luar negara kedua buat Azurin selepas pernah beraksi cemerlang mengawal gawang Misaka United FC sehingga dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Liga Wanita Karnataka 2022 di India.

Sebagai rekod, seorang lagi pemain wanita negara yang sebelum ini pernah beraksi de­ngan Selangor FC iaitu Nur Lyana Sob­rey turut mewakili KFF Presi­ngu bersama Azurin.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma