Posts

Showing posts with the label Kampung Sum Sum

[Video] Dua kampung di Janda Baik dilanda banjir

Image
[Video] Dua kampung di Janda Baik dilanda banjir  Selanjutnya di: https://pakdin.my/158415   BENTONG - Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan banjir kilat di Kampung Sum Sum dan Kampung Chemperoh dekat Janda Baik di sini pada Rabu 11 Mei 2022. Kejadian melibatkan 12 buah keluarga di Kampung Sum Sum dan 30 lagi keluarga di Kampung Chemperoh. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.27 pagi. Menurutnya, seramai dua pegawai dan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dan dibantu lapan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Janda Baik bergegas ke lokasi kejadian. "Pasukan bomba telah menjalankan operasi penyelamatan melibatkan tiga keluarga di Kampung Sum Sum namun alami kesukaran kerana ada pokok tumbang menghalang ke lokasi kejadian menyebabkan dua unit gergasi rantai digunakan memotong pokok terbabit. "Operasi penyelamat mangs