Posts

Showing posts with the label Hospital

Campak emak di hospital untuk pergi beraya

Image
Campak emak di hospital untuk pergi beraya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163643 Tanpa disangka, seorang anak tergamak meninggalkan ibunya di sebuah hospital untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menerusi perkongsian seorang jururawat, Harnisah Nisa, dia mendedahkan perkara itu selepas mendengar perbualan antara waris dengan seorang doktor. “Doktor tulis sahaja sakit apa pun. Janji dia boleh masuk wad. Mana boleh macam tu. Mak cik sihat. Cuma dah lama kena ‘stroke’ kan. “Bolehlah doktor. Esok dah nak raya . Kami nak berjalan. Susahlah kalau bawa sekali dengan ‘wheel chair’ (kerusi roda). “Kalau dia masuk wad, ada orang jaga. Seminggu sahaja doktor,” kongsi jururawat tersebut. Dalam pada itu, Harnisah berpandangan bahawa tindakan tersebut adalah amat mementingkan diri sendiri. “Sanggup minta dimasukkan ke wad semata-mata nak senang beraya. Ladang pahala di depan mata, bertukar menjadi ladang dosa. “18 tahun menjadi seketul misi Unit Rawatan Rapi (ICU), inilah sketsa tahunan setia

Pesakit Covid-19 larikan motosikal kakitangan hospital maut kemalangan

Image
Pesakit Covid-19 larikan motosikal kakitangan hospital maut kemalangan Maklumat lanjut di:  https://pakdin.my/156936 - HULU TERENGGANU - Seorang pesakit Covid-19 yang melarikan sebuah motosikal kakitangan hospital maut dalam kemalangan selepas kenderaan ditunggang terbabas di Kilometer 28 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, insiden berlaku jam 8 pagi menyebabkan lelaki berusia 66 tahun itu maut di lokasi kejadian. Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan pesakit Covid-19 yang dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu bermula 10 Mac lalu. "Mangsa telah melarikan sebuah motosikal jenis Honda C100 milik kakitangan hospital yang diparkir di kawasan surau hospital kira-kira jam 6.30 pagi menghala ke arah Wakaf Tapai, Marang. "Apabila sampai di persimpangan Bukit Perpat, mangsa telah menunggang motosikal secara melawan arus menghala ke sebuah kilang sebelum tiba-tiba