Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini BACA seterusnya di: pakdin.my/167101 Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Ahmad Nazlan Idris yang telah melepaskan jawatan berkenaan pada 20 Dis 2022. Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Izwan Zainuddin berkata, ahli lembaga pengarah, pengurusan dan warga kerja PUNB mengucapkan tahniah susulan pelantikan tersebut dan mengalu-alukan kehadiran Acryl Sani di PUNB. “Kami yakin dapat bekerjasama rapat dengan Acryl Sani dan memanfaatkan pengalaman luas serta pandangan strategik beliau dalam pembangunan usahawan bumiputera di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Ketika ini Acryl Sani juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Dagang NeXchange Bhd. Ketika berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, Acryl yang menjadi Ketua Polis Negara ke-13 ber...
Posts
Showing posts with the label Acryl Sani