Posts

Showing posts with the label DBKL

Rasuah: Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL dijel 4 tahun, denda RM1 juta

Image
Rasuah: Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL dijel 4 tahun, denda RM1 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166666 Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd. Salleh atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM200,000 berhubung permit kerja. Hakim K. Muniandy menjatuhkan hukuman penjara dan denda itu terhadap Sabudin, 62, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskannya daripada kedua-dua pertuduhan tersebut. Bagi pertuduhan pertama mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan pertuduhan kedua hukuman penjara jumlah yang sama. Kedua-dua hukuman itu diperintah berjalan secara serentak. Sementara bagi hukuman denda mahkamah mengenakan jumlah sebanyak RM1 juta bagi kedua-dua pertuduhan dan sekiranya tertuduh gagal membayar, dia boleh dipenjara selama empat tahun. “Bagaiman