Posts

Showing posts with the label MIC

MIC tidak tolak kemungkinan sertai PN - Vigneswaran

Image
Pengerusi MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan MIC menyertai Perikatan Nasional (PN), namun katanya, adalah masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan. Beliau menggambarkan jemputan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai "cubaan merisik awal", dan MIC akan menelitinya dengan berhati-hati sebelum membuat keputusan. "Ia seperti fasa sebelum bertunang. Ini bukan perkara kecil, jadi saya tidak mahu membuat banyak ulasan. Kami perlu pertimbangkan dengan teliti. Keputusan akan dibuat tidak lama lagi," katanya. Beliau berkata demikian pada Persidangan Mantap Pemimpin Wanita MIC Perak di Pusat Konvensyen Tun Sambanthan hari ini. Vigneswaran menekankan bahawa hubungan MIC dengan PAS dan Bersatu adalah berbeza sama sekali dengan hubungan bermusuhan antara UMNO dan DAP pada masa lalu. "MIC sebelum ini pernah bekerjasama dengan pimpinan PAS dan Bersatu tanpa sebarang isu. Ia tidak seperti UMNO dan DAP yan...

Timbalan Ketua Pemuda hadir mesyuarat Bersatu, BN tuntut MIC beri penjelasan

Image
Parti MIC akan diminta memberi penjelasan kepada Barisan Nasional (BN) susulan tindakan Timbalan Ketua Pemudanya K. Kesavan hadir ke perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu, semalam. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, akan memohon parti itu memberi penjelasan secara bertulis berhubung perkara itu. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata terserah kepada kepimpinan MIC untuk mengambil sebarang tindakan disiplin mengikut peraturan parti itu. “Ini merupakan satu manifestasi yang tidak baik, tidak sepatutnya mana-mana parti gabungan BN menghantar wakil sama ada secara peribadi ataupun secara rasmi menghadiri sebarang mesyuarat dianjurkan parti di luar Kerajaan MADANI,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Desa (MODE)@KEMAS KKDW dan Program Bakti MADANI@KPT, di sini hari ini ketika ditanya sekiranya BN akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap MIC ek...

Muhyiddin beri bayangan 'PN Plus' menjelang PRU16

Image
Muhyiddin menyatakan secara terbuka bahawa terdapat ruang untuk dialog antara PN dan MIC, dan jika persetujuan dapat dicapai, parti itu boleh menjadi sebahagian daripada gabungan itu. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa PN berkhidmat untuk semua kaum, dan mendedahkan bahawa terdapat parti-parti yang sedang mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan PN, dan perkara ini mungkin akan dicapai dalam beberapa bulan akan datang. "PN akan berkembang menjadi sebuah parti besar yang merangkumi semua kaum, meliputi semua etnik Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak." "Saya tidak boleh mendedahkan terlalu banyak di sini, matlamat kami adalah untuk memacu proses ini." Muhyiddin, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkata cadangan-cadangan ini sedang dalam proses dan perkara akan menjadi lebih jelas dalam beberapa bulan akan datang. "Tidak lama lagi, akan ada lebih banyak dalam dan di luar gabungan, contohn...

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

Image
  Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini. Naib Pengerusi BN Tapah Datuk Seri M. Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata jentera BN Tapah akan menjalankan kempen mengikut acuan ‘tempatan’ bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih mewakili gabungan berkenaan. “Jentera di peringkat bahagian amat memahami kehendak dan permasalahan yang berlaku di Tapah, malah pendekatan unik ini berjaya membantu BN mempunyai wakil rakyat daripada pelbagai kaum di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah yakin BN mampu mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning pada PRK berkenaan. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April. PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematia...

PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin

Image
PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin BACA seterusnya: https://pakdin.my/166397 Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan peranan MCA dan MIC akan dilibatkan dalam pembentukan pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang jika gabungan parti Kerajaan Perpaduan dapat mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, pembabitan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran negeri penting demi kestabilan politik di negeri berkenaan. Sehubungan itu, katanya beliau amat mengharapkan pembabitan MCA dan MIC semasa tempoh berkempen menjelang pilihan raya negeri kali ini walaupun kedua-dua parti berkenaan sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding di enam PRN bulan hadapan. "Mereka juga harus dilibatkan sama semasa kempen dan pentadbiran masa depan kerajaaan negeri. Saya sedia sebut hal itu, kerana kita mahu mengekalkan konsep gabungan Kerajaan Pe...

BN hormati keputusan MCA, MIC tidak bertanding PRN - Ahmad Zahid

Image
BN hormati keputusan MCA, MIC tidak bertanding PRN - Ahmad Zahid BACA seterusnya: https://pakdin.my/166375 Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada pilihan raya enam negeri bulan depan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata keputusan MCA dan MIC itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin depan. “Saya sebagai Pengerusi BN hormati keputusan dibuat oleh kedua-dua parti… kita sebenarnya telah tetapkan MCA dan MIC kerusi tetapi kalau itu mereka putuskan, kita akan bincangkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini. Semalam, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bulan depan bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)....

#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor

Image
#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160981/ MIC akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) biarpun terdapat desas-desus mengatakan kerusi itu perlu diserahkan kepada calon UMNO. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata sekiranya terdapat permintaan berhubung pengagihan kerusi sesama parti di bawah Barisan Nasional (BN), perkara itu akan dibincangkan di peringkat akar umbi terlebih dahulu bagi mengambil pendekatan bersesuaian untuk memenangi kerusi berkenaan. “Situasi sama pernah wujud sebelum ini dari segi permintaan untuk ‘bertukar’ kerusi, (namun) pucuk kepimpinan BN terdiri daripada empat parti penting akan bincang di peringkat BN,” katanya kepada Bernama hari ini. Terdapat ura-ura bahawa UMNO Bahagian Hulu Selangor mahu mempertaruhkan calon UMNO bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada PRU15, bagi membuktikan kemampuan parti itu untuk merampas kerusi berkenaan darip...

#PRNJohor: Tanding solo kerana trend sokongan kembali kepada BN, kata Zahid

Image
#PRNJohor: Tanding solo kerana trend sokongan kembali kepada BN, kata Zahid [Sumber: https://pakdin.my/?p=154210 ] Barisan Nasional (BN) bertanding secara solo pada pilihan raya negeri (PRN) Johor berikutan trend sokongan yang kembali semula terhadap parti itu, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, pendekatan diambil BN adalah sama seperti dalam PRN Melaka, sebelum ini. “BN iaitu Umno, MCA dan MIC akan memperkasakan gerak kerja dan jentera parti di mana dari 56 kerusi ditandingi, BN akan meletak calon-calon di seluruh 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor. “Strategi BN bertanding dengan mengambil kira bahawa trend sokongan telah datang semula kepada BN. Untuk itu, sebagaimana yang berlaku berlaku dalam PRN Melaka, acuan yang sama kita akan gunakan dalam PRN Johor,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia. Berhubung perundingan kerjasama dengan PAS dalam PRN Johor, Zahid berkata, perbincangan telah diadakan antara Pengerusi BN Johor dan Pesuruhjaya PAS negeri i...