Posts

Showing posts with the label Alor Gajah
Image
▶️ Bas ekspres terbakar: Lima sekeluarga melancong, satu maut, dua kritikal https://pakdin.my/174934/ ALOR GAJAH – Mangsa yang rentung dalam kejadian bas ekspres dua tingkat terbakar di Kilometer 198.0 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), awal pagi tadi disahkan seorang remaja warga India. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa dikenali sebagai Yafarah Taj Fakrudin Hussaini berusia 17 tahun yang datang melancong ke negara ini bersama keluarganya dari Chennai, Tamil Nadu. Katanya, empat lagi ahli keluarga mangsa turut cedera dengan dua daripadanya yang berusia 69 dan 45 tahun berada dalam keadaan kritikal di Hospital Melaka, selepas masing-masing mengalami tahap melecur 80 serta 50 peratus. “Hasil siasatan mendapati, sebelum kejadian telah berlaku kemalangan awal melibatkan sebuah motosikal yang terbabas sendiri dan jatuh di lorong paling kiri. “Penunggang bagaimanapun sempat bangun mengelak ke kiri jalan dan tidak lama kemudian datang bas ekspres berb