Posts

Showing posts with the label Liga Super

JDT jadi ‘underdog’ musim depan, lebih ramai akan keluar – TMJ

Image
  JDT jadi ‘underdog’ musim depan, lebih ramai akan keluar – TMJ https://pakdin.my/?p=174630 JOHOR BAHRU – Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan akan ada lebih ramai lagi pemain dan staf yang bakal meninggalkan pasukan itu. Tunku Mahkota Johor itu memaklumkan perkara itu di ruangan komen Instagram Johor Southern Tigers berhubung perpindahan pemain dan barisan kejurulatihan kelab itu. Dengan Langkah yang diambil itu, Tunku Ismail memberitahu, JDT akan bergelar pasukan ‘underdog’ pada musim depan. “Underdog tahun depan, akan ada ramai lagi yang keluar dari kelab. Proses berjimat,” tulis Tunku Ismail. Pendekatan itu diambil Harimau Selatan itu kerana ingin mentransformasikan kelab dengan mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang. Terdahulu, kelab juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu mengesahkan ketua jurulatih, Esteban Solari meninggalkan kelab termasuk pemain Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazw...

KL City, Terengganu sama liat

Image
KL City, Terengganu sama liat BACA seterusnya: https://pakdin.my/166409 Kuala Lumpur City FC (KL City) mensia-siakan kelebihan dua gol apabila diikat Terengganu FC 3-3 pada aksi Liga Super malam tadi. Sebaliknya pujian perlu diberikan kepada skuad Penyu yang tidak mengaku kalah biarpun pada satu ketika ketinggalan dengan jurang dua gol. Dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu, kem tuan rumah dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi rembatan luar kotak penalti oleh Omid Nazari di minit 28. Walaupun ketinggalan, anak buah Bojan Hodak tenang menyusun kembali rentak dan berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut yang dimanfaatkan sebaiknya Giancarlo Gallifuoco untuk menolak masuk di minit 36. Lima minit kemudian, skuad The City Boys melebarkan kedudukan menerusi Paulo Josue yang bijak menghidu peluang selepas berlakunya situasi kelam kabut di depan gawang Terengganu. Romel Morales mengukuhkan kelebihan KL City apabila meledak gol ketiga pada masa kecederaan untuk menamatk...

Bekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah

Image
Bekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159544 JOHOR BAHRU – Seorang bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan ditahan polis di sekitar bandar raya ini semalam. Lelaki yang berusia 36 tahun itu ditahan kerana disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine. Difahamkan, individu berkenaan pernah menyarung jersi tiga pasukan liga super sepanjang kariernya dengan turut menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya. Sementara itu, beberapa portal berita memaklumkan bekas pemain kelahiran Melaka merupakan anak kepada bekar pemain Selangor itu juga pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara 2009 hingga 2017, selain merangkul kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Selain itu, pemain yang dilahirkan di Melaka itu turut pernah menjulang kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid mengesahka...