Posts

Showing posts with the label Long March 5B

[VIDEO] Penduduk Miri temui serpihan logam disyaki komponen roket China

Image
[VIDEO] Penduduk Miri temui serpihan logam disyaki komponen roket China Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160328 Serpihan logam disyaki sebahagian daripada komponen roket Long March 5B milik China ditemui di Sepupok, Niah di Sarawak. Ketua Polis Miri, Alexson Naga Chabu, berkata pihaknya menerima laporan daripada penduduk di Batu Niah berhubung penemuan komponen itu semalam. Katanya, tinjauan awal mendapati serpihan logam itu terbenam kira-kira 1m dalam tanah di sekitar rumah seorang penduduk. “Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkan asal-usul logam tersebut dan meminta bantuan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menganalisis tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan. Beliau menasihatkan orang ramai menjauhi kawasan terbabit kerana bimbang logam itu mengandungi bahan radioaktif dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat. https://yo

Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak

Image
Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160273/ Heboh tengah malam tadi (31 Julai 2022) orang ramai melihat objek dipercayai serpihan penggalak roket China yang dilancarkan pada 24 Julai 2022. Banyak video yang dimuatnaik di media sosial oleh netizen serpihan penggalak roket China melintasi ruang udara yang pada mulanya disangkakan meteor. Sebelum ini dilaporkan oleh pakar-pakar  astronomi Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa penggalak roket China yang dilepaskan di luar kawalan akan meluncur kembali ke Bumi, lapor portal berita MailOnline. Saintis-saintis  juga mengesahkan serpihan tersebut mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia, Afrika atau Amerika Utara. Serpihan angkasa lepas yang didakwa akan melanggar Bumi itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China. Penggalak seberat sekitar 22 tan itu dijangka memasuki s