Posts

Showing posts with the label Pasir Mas

(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak

Image
(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak Selanjutnya di:   https://pakdin.my/159197 PASIR MAS: Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini petang semalam. Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan. Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut telah menemukan satu kelongsong peluru di bahagian belakang tempat meletak kaki penumpang sebelah pemandu. “Hasil temu bual dengan saksi awam mendapati kereta mangsa berada di tepi jalan tersebut sejak petang Jumaat. “Semakan awal mendapati kereta tersebut didaftark

[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup

Image
[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158348     JERTEH – Polis merampas mercun seludup bernilai RM30,000 selepas menahan sebuah van di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi di Hulu Besut, di sini pada jam 11.15 pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu van itu dikejar oleh enam kereta peronda polis (MPV) sejauh 70 kilometer (km) dari Pasir Mas, Kelantan sebelum polis berjaya menahan seorang suspek pada jam 11.15 pagi, namun seorang lagi suspek telah meloloskan diri. Beliau berkata, kejadian bermula apabila anggota polis dari cawangan MPV Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas yang melakukan tugas ronda cegah jenayah melihat sebuah van berwarna putih yang mencurigakan, lalu pemandunya diarahkan berhenti untuk pemeriksan. "Suspek sebaliknya bertindak memecut kenderaannya ke arah Tanah Merah melalui Machang dan Pasir Putih, Kelantan sebelum memasuki daerah Besut

[Video] Remaja mengamuk gagal jual racun tikus RM200

Image
[Video] Remaja mengamuk gagal jual racun tikus RM200 SUMBER:  https://pakdin.my/158142 .... PASIR MAS - Seorang remaja didakwa mengamuk dengan menyepak makanan ringan dan susunan botol air mineral akibat berang gagal menjual racun tikus berharga RM200 di sebuah kedai runcit di Kampung Lati, di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu suspek berusia 17 tahun masuk ke dalam kedai berkenaan untuk menjual racun tikus. Pekerja kedai runcit itu menghubungi majikannya untuk memaklumkan perkara tersebut. Namun pemilik kedai runcit itu menolak permintaan untuk membeli ubat racun tikus yang dijual oleh suspek kerana terlalu mahal, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu. Menurutnya, suspek yang naik angin bertindak menyepak barangan jualan pengadu sehingga berlaku kerosakan. Beliau berkata, sebelum ini suspek pernah membuat kacau dan memeras ugut pekerja kedai dengan memaksa untuk membayar racun

Wanita hilang seminggu ditemukan letih dan lesu

Image
Wanita hilang seminggu ditemukan letih dan lesu [Sumber: https://pakdin.my/?p=153574]  Pasir Mas: Wanita yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu ditemui di Lubok Jong, Pasir Mas kira-kira jam 10 malam tadi dalam keadaan letih dan lesu. Menurut suaminya, Lokman Hakim Azizi, 26, isterinya, Noor Amira Mohamed, 24, dilaporkan hilang pada 12 Januari lalu yang ketika itu pulang ke kampungnya di Rantau Panjang untuk menjaga ibu yang sakit akibat terjatuh tangga. Lokman berkata, memandangkan dia bekerja di Pahang dan tidak sempat menghantar isterinya balik ke kampung, dia menghantarnya ke Stesen Kereta Api Kuala Lipis. "Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi pada keesokan harinya, saya terputus hubungan dengan isteri apabila panggilan telefon tidak dijawab selain pesanan ringkas melalui WhatsApp juga tidak berbalas. "Pada ketika itu, isteri saya sepatutnya sudah sampai ke Stesen Kereta Api Pasir Mas dan berada di rumahnya, namun dia tidak sampai di rumah sebagaimana yang sepatutnya d