Posts

Showing posts with the label Myvi

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

Image
Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160912/ Manjung: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya mengesan kemalangan berkenaan selepas rakaman video tular di media sosial yang dimuat naik di kumpulan Facebook 'Komuniti Seri Manjung'. "Siasatan mendapati kemalangan kira-kira 3.15 petang itu terjadi ketika kereta dipandu wanita berusia 75 tahun itu dipandu dari arah sebuah farmasi menghala ke arah stesen minyak Caltex Samudera. "Apabila tiba di simpang tiga pasar raya itu, pemandu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh psar raya terbabit, katanya dalam kenyataannya, malam tadi. Nor Omar berkata, wanita warga emas itu cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung. "Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59 bagi kesalahan

[VIDEO] Myvi terbalik dilanggar ketika masuk simpang

Image
[VIDEO] Myvi terbalik dilanggar ketika masuk simpang Selanjutnya di: https://pakdin.my/160353 KUALA LANGAT – Tindakan seorang lelaki memandu secara melulu memasuki simpang menyebabkan sebuah kereta lain jenis Perodua Myvi terbalik di Jalan Pusara, Kampung Sawah, Banting di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, kedua-dua pemandu berusia 29 dan 30 tahun hanya mengalami cedera ringan. Insiden itu tular menerusi video berdurasi 30 saat yang dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain yang melalui lokasi tersebut. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, berdasarkan siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan ke Kampung Sungai Buaya dari Pulau Carey. Katanya, kereta itu didapati memotong beberapa kenderaan dengan mempunyai simpang kanan di hadapannya. https://www.instagram.com/tv/CgwdPXhgRUv/?utm_source=ig_web_copy_link “Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang he

(Video) Myvi Jadi Punca Kemalangan Disyaki Ambil Bahan Terlarang

Image
Mengaku ‘Imam Mahdi’, Pemandu (Video) Myvi Jadi Punca Kemalangan Disyaki Ambil Bahan Terlarang Selanjutnya:  https://pakdin.my/159250 Tular rakaman video kemalangan dahsyat melibatkan beberapa buah kenderaan di Lebuh Raya PLUS Utara-Selatan (Susur keluar Pedas/Linggi). Sebuah Myvi berwarna hitam memecut di lorong kanan sehingga melanggar belakang Toyota Avanza. Setelah bahagian kanan MPV itu terseret beberapa meter di pembahagi lebuh raya, MPV itu tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki lorong tengah. Dua lagi kenderaan, Proton Persona dan Saga turut menjadi mangsa dalam kemalangan tersebut. Sekumpulan pemuda konvoi bermotosikal berhenti di tepi jalan untuk memberikan pertolongan awal kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Semasa mereka menghampiri kereta Myvi yang menjadi punca kemalangan tersebut, mereka mendapati pemandunya dipercayai di bawah pengaruh bahan terlarang apabila mereka menjumpai alat untuk menghisap bahan tersebut. Dalam satu video lain pula, pemuda itu mendakwa mengaku di

[Video] Polis buru pemandu Myvi putih ugut hayun kayu, pandu bahaya

Image
[Video] Polis buru pemandu Myvi putih ugut hayun kayu, pandu bahaya.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158385    Satu kertas siasatan dibuka berhubung kes pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan bertindak menghayun sebatang kayu kepada pemandu lain, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), seperti yang tular di media sosial, hari ini. Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki, pada 9 malam tadi, susulan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Perodua Myvi itu. Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu, di Jalan MRR2, berhampiran Taman Layang-Layang, namun secara tiba-tiba sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang berada di hadapan, bertindak membrek sedikit demi sedikit. “Ia menyebabkan mangsa hampir berlanggar dengan kereta terbabit sebelum suspek mengeluarkan sebatang kayu panjang melalui tingkap keretanya sambil menjerit-jerit, namun mangsa tidak pasti apa yang dituturkan lelaki itu. “Mangsa mengabaikan perkara

[Video] ‘King’ redah palang tol RFID

Image
[Video] ‘King’ redah palang tol RFID Selanjutnya di: https://pakdin.my/158322   - Sehingga kini, transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) masih menjadi keluhan ramai pengguna disebabkan kaedah tersebut sering bermasalah. Semalam, tular sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi merempuh palang tol di laluan berkenaan di sebuah lebuh raya. Video yang dikongsikan Adrian Tan di Facebook itu telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memahami situasi pemandu tersebut apabila sistem di laluan RFID gagal mengesan kenderaan yang lalu. Sementara itu, melihat pada rakaman tersebut, pemandu Myvi berkenaan telah mencuba sebanyak empat kali sambil menggerakkan keretanya ke arah depan dan belakang bagi memastikan pelekat RFID pada kenderaannya dapat dikesan oleh sistem. Namun, selepas beberapa kali percubaannya gagal, pemandu akhirnya bertindak melanggar palang tol dan meneruskan perjalannya sehingga