Posts

Showing posts with the label MBI

Lagi "Tan Sri" ditahan skim tipu pelaburan Ponzi di bawah Op Northern Star

Image
Tiga lagi individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri ditahan bagi siasatan lanjut kes penipuan pelaburan MBI menerusi Op Northern Star. Sehingga kini jumlah keseluruhan tangkapan seramai 17 orang. Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, ketiga-tiga suspek direman antara lima hingga sembilan hari bagi membantu siasatan mengikut undang-undang yang ditetapkan. “Mereka ini terdiri daripada individu yang terbabit secara langsung dalam urusan perniagaan MBI, termasuk sebagai rakan kongsi dan proksi dalam pelbagai cabang perniagaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Tangkapan tersebut dibuat oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman antara 1 Mei hingga 17 Mei lalu hasil maklumat baharu yang diperoleh sepanjang siasatan dijalankan. Tambahnya, siasatan mendapati MBI menjalankan operasi melibatkan pelbagai jenis perniagaan yang sah secara zahir t...

Pengarah Eksekutif MAYU Global, Tan Kim Hee Ditahan Polis

Image
KUALA LUMPUR – MAYU环球(MAYU, 7099, Kumpulan Produk Perindustrian dan Perkhidmatan Papan Utama)memaklumkan Pengarah Eksekutifnya, Tan Kim Hee (ejaan Cina), telah ditahan oleh Polis Bukit Aman untuk membantu siasatan. Menurut kenyataan syarikat, pihaknya belum dimaklumkan sama ada siasatan melibatkan syarikat atau anak syarikatnya, dan sebab sebenar siasatan masih belum jelas. “Dalam tempoh ini, tiga pengarah eksekutif lain akan sementara mengambil alih tugas Tan bagi memastikan operasi syarikat berterusan tanpa gangguan.” MAYU menegaskan, berdasarkan penilaian semasa, siasatan ini dijangka tidak memberi kesan signifikan terhadap prestasi kewangan atau operasi syarikat. Lembaga pengarah akan memberikan kemas kini sekiranya terdapat perkembangan penting. Kaitan dengan Skim Pelaburan MBI Menurut laporan The Edge , MAYU (dahulu dikenali sebagai ATTA环球) didakwa mempunyai kaitan dengan skim pelaburan haram kumpulan MBI. Polis dilaporkan menjalankan serbuan berskala besar dan menyiasat beberapa...

Rasuah RM13 juta: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah

Image
Rasuah RM13 juta: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166554 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat berkait kes rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan membabitkan nilai rasuah lebih RM13 juta. Menurut sumber, kedua-dua suspek, masing-masing berusia 63 dan 40 tahun itu ditahan lewat petang, semalam di Alor Setar, Kedah dan di ibu negara. “Kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini hingga 21 Julai ini. “Perintah reman dikeluarkan masing-masing oleh Majistret Wan Shahida Abd Rahim di Mahkamah Majistret Alor Setar dan Majistret Norsyakirah Che Hashim di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas permohonan reman dibuat SPRM,” katanya. Katanya, aktiviti perlombongan yang dijalankan secara haram oleh syarikat terbabit mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020. “Sehubungan itu...