Posts

Showing posts with the label MSPO

Misi minyak sawit berakhir dengan jaya, UK sedia iktiraf MSPO

Image
Misi minyak sawit berakhir dengan jaya, UK sedia iktiraf MSPO BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165477 LONDON  -- Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke United Kingdom (UK) berakhir dengan jayanya apabila penggubal dasar di sini telah memberikan komitmen untuk mengiktiraf pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam garis panduan terperinci bagi memastikan komoditi yang memasuki negara adalah mampan. Beliau berkata ini dicapai dalam pertemuan dengan Menteri Negara bagi Perdagangan Antarabangsa Nigel Huddleston dan Menteri Negara bagi Pembangunan Antarabangsa, Andrew Mitchell  pada Khamis. “Mereka sangat positif dan telah memberikan komitmen bahawa MSPO akan menjadi sebahagian daripada dokumen yang akan diiktiraf  dalam proses ketekunan wajar (due diligence),” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan rasminya ke United Kingdom pada Jumaat. “Malahan mereka juga berkata apa yang mereka hendak rencanakan daripada peraturan ataupun garis pand