Posts

Showing posts with the label Misai

🎦 Individu cabut misai harimau belang untuk tuah, tangkal kini ‘diburu’

Image
🎦 Individu cabut misai harimau belang untuk tuah, tangkal kini ‘diburu’ Difahamkan, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu kerana percaya tinggalan daripada harimau seperti misai dan gigi mampu membawa tuah hingga ada antara mereka yang menjadikannya sebagai tangkal. BACA https://pakdin.my/170681 IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan menjalankan siasatan berhubung video tular yang memaparkan tindakan individu mencabut misai harimau belang yang mati dilanggar treler di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung dekat Gopeng hari ini. Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu akan dilakukan pihaknya dalam masa terdekat. Kita akan siasat dan pegawai saya akan buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu, tular di media sosial klip video berdurasi 24 saat, memaparkan tindakan beberapa individu mencabut misai daripada bangkai harimau belang jantan yang maut dala