Posts

Showing posts with the label Hulu Selangor

Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan

Image
Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan https://pakdin.my/174770/ SHAH ALAM – Seorang bekas hakim yang sebelum ini dipenjara enam bulan dan denda RM25,000 atas kesalahan rasuah enam tahun lalu, bernasib baik apabila hukumannya itu dikurangkan kepada penjara sehari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Tinggi. Ia selepas Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Julai 2022, membenarkan rayuan bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Azmil Muntapha Abas, 50, selaku perayu untuk mengetepikan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen pada 19 Oktober tahun yang sama. Bagaimanapun dalam rayuan itu, perayu hanya berjaya mengurangkan hukuman namun gagal mengetepikan sabitan bersalah atas pertuduhan tersebut. Menerusi alasan penghakiman yang dikeluarkan Hakim, Hasbullah Adam pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi mendapati tidak wujud alasan bermerit untuk mengganggu gugat keputusan Mahkamah Sesyen berhubung sabitan salah (no sufficient ground for interfering) tersebut menurut seksyen 3

Lelaki ditahan bersama air ketum di Batang Kali

Image
Lelaki ditahan bersama air ketum di Batang Kali BACA seterusnya di: https://huluselangor.com/?p=767399 KEJAYAAN TANGKAPAN (1) LELAKI WARGA TEMPATAN TERLIBAT DALAM KES KETUM HULU SELANGOR, Pada jam lebih kurang 1800 hrs 08.12.2023, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Hulu Selangor telah berjaya menahan dan menangkap (1) lelaki warga tempatan di kawasan Batang Kali, Hulu Selangor.  Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan telah menjumpai dan merampas (1) botol plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum. Berikutan kejayaan ini, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Sek.30(3) AR 1952.  Ketua Polis Daerah Hulu Selangor memohon dan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan untuk tampil atau menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah, Balai-balai berdekatan atau FB messenger Polis Dearah Hulu Selangor. PDRM Hulu Selangor a

Pembinaan rumah mampu milik di Bernam Jaya buka peluang ekonomi

Image
Pembinaan rumah mampu milik di Bernam Jaya buka peluang ekonomi BACA seterusnya di: https://huluselangor.com/?p=767343 Pembinaan 2,300 unit rumah mampu milik di Bernam Jaya, Hulu Selangor bawah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) mampu merancakkan ekonomi di kawasan terbabit. Dato’ Menteri Besar berkata projek pembangunan rumah teres setingkat atas tanah seluas 191 ekar yang dijangka bermula tahun depan bakal membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan. “Penerokaan kawasan baharu (untuk pembinaan rumah mampu milik) sebagai contoh di Bernam Jaya akan menjadi pemangkin kepada pembangunan masa depan terutama di utara Selangor. “Lebih-lebih lagi pembinaan Proton City bersebelahan Bernam Jaya yang kita percaya limpahannya boleh dinikmati penduduk Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di sini hari ini. Sementara itu, ketua pegawai eksekutif KHSB berkata agensi berkenaan juga bakal membangunkan 2,000 unit pangsapuri komersial di Petaling Jaya dengan kerjasama pemaju swasta.

Tumpahan cecair getah, tiada gangguan LRA, bekalan air terawat

Image
Tumpahan cecair getah, tiada gangguan LRA, bekalan air terawat https://huluselangor.com/?p=767325 Hulu Selangor: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesahkan tiada gangguan kepada Loji Rawatan Air (LRA) dan bekalan air terawat susulan kejadian tumpahan cecair getah di Kilometer 435.4 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Utara, dari Rawang ke Sungai Buaya, malam tadi. Luas dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja pembersihan dilakukan pasukan bomba dan Plus yang mengambil masa kira-kira lima jam dan selesai jam 3.40 pagi. "Pemerhatian lanjut dilakukan bagi memastikan keseluruhan lokasi terbabit dan kawasan sekitarnya bebas daripada potensi dan risiko pencemaran sumber air," katanya, hari ini. Pada masa sama, penghargaan diberikan kepada bomba dan Plus yang berjaya mengawal risiko insiden daripada pencemaran kepada sumber air negeri dan komitmen melaksanakan kerja-kerja pembersihan sepenuhnya. Dalam kejadian 10.30 malam itu, sebuah lori membawa muatan cecair getah terbabit

Sultan Selangor isytihar Hutan Warisan Diraja Selangor seluas 108,000 hektar

Image
Sultan Selangor isytihar Hutan Warisan Diraja Selangor seluas 108,000 hektar BACA di: https://huluselangor.com/?p=767316 SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengisytiharkan pemasyhuran Hutan Warisan Diraja Selangor (HWDS) melibatkan 26 buah Hutan Simpan Kekal seluas 108,000 hektar, hari ini. Pengisytiharan itu selaras titah Sultan Sharafuddin sebelum ini yang mahu menjadikan suatu kawasan hutan yang mencakupi aspek konservasi, penyelidikan, pendidikan, reakreasi, eko-pelancongan dan sebagainya. Turut berangkat pada majlis tersebut adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, idea bagi memperkenalkan konsep hutan itu susulan kunjungan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) yang mengadap Sultan Sharafuddin bagi mempersembahkan taklimat mengenai penyediaan Pelan Induk Pembangunan HWDS pada 16 Mac lalu di Istana Bukit Kayangan, di sini. Katanya, Sultan

SUV polis terbalik, dua anggota terselamat elak anjing

Image
SUV polis terbalik, dua anggota terselamat elak anjing Baca seterusnya di: pakdin.my/167874 -  HULU SELANGOR – Dua anggota polis nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbalik akibat elak anjing liar di Kilometer 7.3 Jalan Pintasan Rawang, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian melibatkan kereta jenis Proton X70 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlaku pada pukul 6.15 pagi tadi. Katanya, kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak menuju ke Glenmarie, Shah Alam. “Kereta tersebut dipandu anggota lelaki pangkat Lans Koperal berusia 27 tahun dan bersama seorang penumpang anggota lelaki pangkat Sarjan berusia 33 tahun. “Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kerana mengelak anjing di tempat kejadian sebelum terbabas dan terbalik,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Faizal memaklumkan kedua-dua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan da

Guru pulang dari hospital maut, kereta langgar tiang lampu

Image
Guru pulang dari hospital maut, kereta langgar tiang lampu Baca seterusnya di: pakdin.my/167454 HULU SELANGOR – Seorang guru sekolah rendah menemui ajal apabila kereta Proton Ertiga dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu di Kilometer (km) 7.5 Pintasan Rawang menghala ke Serendah, di sini, tengah hari tadi 12/9/2023. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari ketika mangsa berusia 39 tahun dalam perjalanan ke rumahnya yang terletak di Serendah. Ujarnya, mangsa yang bertugas di Sekolah Rendah Bukit Beruntung 1, baru sahaja pulang dari Hospital Selayang untuk membuat ujian darah. “Mangsa sedang jalani dialisis dan pergi ke Hospital Selayang seorang diri untuk membuat ujian darah. Sampai di tempat kejadian, pemandu hilang kawalan lalu melanggr tiang lampu di sebelah kiri jalan. “Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala,” katanya dalam kenyataan hari in

Polis terima 4 laporan penampakan harimau belang di Hulu Selangor

Image
Polis terima 4 laporan penampakan harimau belang di Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/167151/ Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penampakan seekor harimau belang yang berkeliaran di sekitar kawasan Batang Kali, Goh Tong Jaya, Kuala Kubu Bharu dan Serendah. Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai perkara itu supaya mereka dapat mengambil tindakan awal untuk memastikan keselamatan masyarakat setempat terjamin. "Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang dikatakan berkeliaran, dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan itu," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu ketika dihubungi Bernama, Mohd Asri berkata, beberapa orang awam mendakwa ada melihat sendiri dan mendengar haiwan itu mengaum di kawasan sekitar chalet milik seorang pemp

PERHILITAN siasat kehadiran Harimau di Kampung Orang Asli Serendah

Image
PERHILITAN siasat kehadiran Harimau di Kampung Orang Asli Serendah BACA seterusnya di: pakdin.my/167020   HULU SELANGOR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor akan menjalankan siasatan berhubung aduan yang mendakwa kehadiran seekor harimau belang dewasa berkeliaran di kawasan jalan Kampung Orang Asli Serendah, di sini, kelmarin. Pengarah PERHILITAN Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu jam 3.30 petang. "Kami masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan kehadiran hidupan liar itu memandangkan tiada rekod dilaporkan sebelum ini," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ketika ditanya jantina harimau belang itu, Choon Yung memaklumkan pihaknya belum mempunyai maklumat dan akan mengemas kini dari semasa ke semasa. "Kami menasihatkan penduduk kampung terus melaporkan kepada PERHILITAN Selangor sekiranya mengesan kehadiran haiwan itu," katanya. Terdahulu, tular di laman sosial gambar memapark

PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam

Image
PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166510 HULU SELANGOR - Parti Amanah Negara (Amanah) menggantikan Barisan Nasional (BN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 12 Ogos depan. Ketua Pemuda Amanah Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin berkata, pihaknya berterima kasih atas kepercayaan pimpinan Amanah peringkat negeri dan pusat serta BN khususnya UMNO dalam mencapai kata sepakat mengenai keputusan tersebut. "Perkembangan ini merupakan satu titik tolak yang akan mengukuhkan lagi kerjasama dan gerak kerja berpasukan dalam Kerajaan Perpaduan sekali gus memberi lonjakan sokongan kepada gabungan PH-BN di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Sehubungan itu, katanya, Amanah Hulu Selangor berusaha sedaya upaya mengerahkan seluruh kekuatan dengan sokongan rakan parti dalam gabungan itu bagi memastikan kerusi DUN Hulu Bernam mengekalkan kemenangan yang disandang BN se

Pelajar cedera, motosikal ditunggang jatuh tebing

Image
Pelajar cedera, motosikal ditunggang jatuh tebing BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166496 HULU SELANGOR – Seorang pelajar berdepan detik cemas apabila motosikal ditunggangnya terjatuh dalam tebing sedalam kira-kira 1.5 meter dalam satu kejadian di Felda Sungai Tengi Selatan, di sini petang tadi. Bagaimanapun, remaja berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami luka di kaki dan bahu akibat kejadian tersebut. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.03 petang sebelum menggerakkan seramai lima orang anggota dan jentera ke lokasi kejadian. Ujarnya, lokasi kerjadian terletak kira-kira 33 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa. “Setibanya di lokasi kejadian, mangsa, Mohd. Syazwan Sarifudin, 15, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC terbabas dan terjatuh ke bawah tebing sedalam lima kaki. “Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota bomba dan mengalami luka di kaki serta bahu,” katanya dalam

Operasi pencarian Ahmad Ammar diperluas ke Sungai Selangor

Image
Operasi pencarian Ahmad Ammar diperluas ke Sungai Selangor BACA seterusnya: https://pakdin.my/166389 HULU SELANGOR: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, di sini semalam dipercayai mahu mengambil seliparnya yang terjatuh. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa berusia tujuh tahun itu jam 7.45 malam semalam (5/7/2023). "Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya. "Bagaimanapun, dia kemudian dibawa arus deras ketika itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Ahmad Faizal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai agensi penyelamat diaktifkan untuk mengesan mangsa. "Operasi pada hari pertama dihentikan jam 11.45 malam disebabkan keadaan cuaca yang gelap dan arus sungai yang tidak menentu. "SAR disambung semula jam 9.25 pagi tadi," katanya. Semalam, media melaporkan Ahm
Image
[VIDEO] Kejadian kepala air Pertak: Mangsa kedua lemas ditemui BACA seterusnya: https://pakdin.my/165996 HULU SELANGOR: Seorang lagi mangsa kejadian kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu di sini ditemui lemas, malam ini. Mayat wanita berusia 52 tahun yang juga warga tempatan ditemui anggota bomba jam 10.20 malam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa kedua itu dijumpai di celah batu pada jarak 50 meter daripada mangsa pertama. Artikel berkaitan: https://pakdin.my/165962/ Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohamadul Ehsan berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa ditamatkan sepenuhnya jam 11 malam. Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian itu. Susulan itu, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomb

[VIDEO] Wanita lemas, seorang lagi masih hilang dibawa arus di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak

Image
[VIDEO] Wanita lemas, seorang lagi masih hilang dibawa arus di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165962 HULU SELANGOR: Wanita ditemukan lemas, manakala seorang lagi masih hilang di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini Rabu 21 Jun 2023. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejar ke lokasi sebaik dimaklum kejadian pada 5.30 petang. "Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan dua wanita dengan identiti tidak dikenal pasti. "Mereka dipercayai hanyut dibawa arus deras (kepala air) ketika mandi di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohamadul Ehsan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan menerusi kaedah pencarian di permukaan dengan pasukan dipecah kepada dua kumpulan yang menyusuri Sungai Pertak. "Semasa SAR dijalankan, s

[VIDEO] Polis buru suspek ragut di Bukit Sentosa

Image
[VIDEO] Polis buru suspek ragut di Bukit Sentosa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163983 HULU SELANGOR: Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian ragut di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor yang tular di media sosial, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya mengesan hantaran gambar dan video di laman Facebook jam 3 petang semalam. Katanya, polis menerima laporan berhubung kes ini pada jam 10.30 pagi kelmarin. "Hantaran itu memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal meragut rantai leher seorang wanita berusia 39 tahun ketika mahu masuk ke pasar raya. "Suspek dipercayai warga tempatan manakala mangsa juga warga tempatan dan bekerja di sebuah kilang. https://youtu.be/ZzUdGOMx1ug "Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK)," katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Faizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ke

Wanita warga emas meninggal dunia sendirian

Image
Wanita warga emas meninggal dunia sendirian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163559 KUALA KUBU BHARU: Panggilan tidak bersahut merungkaikan penemuan seorang wanita warga emas yang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Dagang Setia, Kuala Kubu Bharu, di sini, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.59 petang itu, rumah mangsa didatangi adik iparnya. "Adik ipar mangsa memanggil mangsa berulang kali namun tidak bersahut sebelum menemui mangsa yang dalam keadaan terbaring di dalam biliknya. "Adik ipar mangsa kemudian menghubungi pihak hospital memaklumkan berkaitan kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Ahad. Katanya, mangsa berumur 60 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang hadir ke lokasi. "Siasatan dijalankan pihak polis mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian. "Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebag

Lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lombong di Serendah, Hulu Selangor

Image
Lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lombong di Serendah, Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163156 HULU SELANGOR: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lombong ketika memancing di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata penemuan mangsa yang berusia 26 tahun itu dimaklumkan oleh bapanya pada 2.47 petang 4 April 2023. “Setiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati mangsa yang juga lelaki tempatan telah meninggal dunia.  Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” menurutnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat pula berkata mangsa, yang dilaporkan hilang sejak malam semalam oleh ahli keluarganya, ditemukan di bahagian tepi lombong itu.

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Image
Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769 Hulu Selangor: Seorang remaja lelaki putus jari kelingking selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Rasah menghala Ampang Pecah, dekat Kampung Napi, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.44 petang. Menurutnya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian. "Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu remaja lelaki berusia 17 tahun. VIDEO berkaitan: "Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik," katanya ketika dihubungi, hari ini. Morni berkata, mangsa bagaimanapun bertindak keluar sendiri daripada keretanya sebelum bomba tiba di tempat kejadian. Beliau berkata, selain jari kelingking putus, mangsa juga c

[VIDEO] 2 Orang Asli maut, motosikal bertembung kereta sekolah memandu

Image
[VIDEO] 2 Orang Asli maut, motosikal bertembung kereta sekolah memandu BACA seterusnya di https://pakdin.my/161428 Hulu Selangor: Dua lelaki Orang Asli maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan kereta milik sebuah sekolah memandu di Kilometer 18 Jalan Rasa-Bukit Beruntung, di sini, hari ini 1 Januari 2023. Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 34 dan 35 tahun maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata, kemalangan membabitkan motosikal Yamaha 135 LC dan kereta Perodua Axia. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke Batang Kali. "Setibanya di lokasi, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu lelaki berusia 56 tahun. Setibanya di lokasi, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu lelaki berusia 56 tahun BA

[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput

Image
[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161259 HULU SELANGOR – Penemuan gulungan beg tidur di tebing Sektor A (Hillview) membawa penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, hari ini. Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, salah seorang pegawai kanan bomba ketika itu mendapati terdapat pergerakan cecair keluar dari tebing bukit itu. Katanya, penemuan tersebut membuatkan pegawai itu merasakan sesuatu yang ganjil sebelum menggerakkan sepasukan anggota SAR untuk menggali di sekitar tebing itu. “Hasil tindakan itu, pegawai tersebut menemui segulung beg tidur mempunyai satu mayat kanak-kanak di dalamnya yang berada empat meter dari lereng Sektor A dan kedalaman 1.5 meter. “Secara keseluruhannya, Mayat ditemui di Sektor A seramai 20 orang diikuti Sektor B (Farmview) 1 mangsa Manakala Sektor C