Posts

Showing posts with the label Pandamaran

Wanita disimen dalam kolah kekasih suspek

Image
Wanita disimen dalam kolah kekasih suspek BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174100 KLANG – Polis Selangor hari ini mendedahkan identiti dan lakaran wanita yang disimen dalam kolah mandi sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran di sini, Ahad lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa dikenalpasti sebagai warganegara India berusia lingkungan 30-an. Katanya, wanita yang berketinggian 160 sentimeter (cm) itu merupakan teman wanita suspek yang menyewa rumah berkenaan dan mereka tinggal bersama. “Polis sedang memohon bantuan Kedutaan India bagi mendapatkan maklumat mengenai mangsa dan menghubungi pihak keluarga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. Sebelum ini dilaporkan mayat seorang wanita yang ditemui ditanam dalam simen di kolah mandi di sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran, di sini Ahad lalu, dipercayai telah dibunuh lebih setahun lalu. https://pakdin.my/174017/ Penemuan jasad mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu

Ranjit, Mandeep dikesan kes simen mayat dalam kolah

Image
Ranjit, Mandeep dikesan kes simen mayat dalam kolah BACA di: https://pakdin.my/174017/ KLANG – Polis sedang mengesan dua lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita yang disimen di tandas sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran di sini, semalam. Dua individu itu masing-masing dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek dikenal pasti menyewa rumah tersebut dan dipercayai terlibat dalam kes berkenaan. “Polis ketika ini masih dalam tindakan untuk mengesan mereka bagi membantu siasatan. Selain itu, seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun ditahan dan kebenaran reman akan dimohon di mahkamah esok,” katanya malam ini. Terdahulu, dilaporkan suasana di kampung itu gempar dengan penemuan mayat berkenaan selain dipenuhi anggota polis dan bomba, kira-kira pukul 9.30 malam. Dalam pada itu, jelas Hussein, pihaknya kelmarin menerima laporan daripada pemilik rumah itu berkaitan terda