Posts

Showing posts with the label DUN Puteri Wangsa

#PRNJohor: Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri MUDA kerusi mudah menang

Image
#PRNJohor: Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri MUDA kerusi mudah menang [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154551 ] Wanita PKR Johor kecewa dengan keputusan Amanah yang menyerahkan kerusi ‘mudah menang’ kepada MUDA pada pilihan raya negeri (PRN) itu nanti. Ketuanya Napsiah Khamis mempersoalkan tindakan itu kerana baginya Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa berpotensi dipertahankan Pakatan Harapan (PH). “PH sepatutnya kena jaga kerusi yang macam ni, kita tidak tahu bagaimana kesetiaan MUDA kepada kita, tidak teruji pun lagi, jadi itu yang kita pertikaikan,” katanya. DUN Puteri Wangsa salah satu daripada enam kerusi yang diserahkan Amanah dan DAP kepada MUDA untuk ditandingi. Kerusi itu dilihat berpotensi dimenangi memandangkan PH menang di kawasan berkenaan dalam dua pilihan raya sebelum ini. Pada PRU14, DUN Puteri Wangsa mempunyai pengundi 39% Melayu, Cina 50%, India 10% dan lain-lain 1%. Mazlan Bujang daripada Bersatu, yang bertanding atas tiket PKR, menang dengan majoriti 24,959 un