Posts

Showing posts with the label Bot Laju

30 orang cedera, 1 hilang dalam nahas bot laju di Phuket

Image
30 orang cedera, 1 hilang dalam nahas bot laju di Phuket BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164833 PHUKET: Tiga puluh orang, kebanyakannya pelancong Rusia, cedera dan seorang pelancong hilang selepas bot laju mereka naiki melanggar penanda saluran di Teluk Chalong pada petang Rabu 17 Mei 2024. Kemalangan itu berlaku ketika Thanathip Marine 555 membawa 33 pelancong Rusia pulang dari kepulauan Phi Phi ke Teluk Chalong pada kira-kira 5.30 petang, kata Nachapong Pranit, ketua marin wilayah itu.  Pemandu bot, pembantunya dan seorang pemandu pelancong turut berada di atas kapal itu. Siasatan awal mendapati pemandu bot yang dikenali sebagai Sathit Matchai mungkin telah mengantuk. Bot itu merempuh penanda saluran yang terletak kira-kira 700 meter dari jeti Chalong dan mengalami kerosakan teruk. Kira-kira 10 orang termasuk pemandu bot mengalami patah anggota badan. Dua orang dilaporkan mengalami kecederaan parah dan yang lain cedera ringan. Mereka dibawa ke tujuh hospital berbeza di pulau it

Kematian Tangmo Nida, lima mungkin didakwa

Image
Kematian Tangmo Nida, lima mungkin didakwa Selanjutnya:  https://pakdin.my/155732 - Bangkok: Kesemua lima individu yang menaiki bot laju bersama pelakon Nida Patcharaveerapong atau dikenali sebagai Tangmo Nida berkemungkinan menghadapi pertuduhan kecuaian yang membawa kepada kematian mangsa. Bangkok Post melaporkan, sumber polis memberitahu, mereka juga disyaki memberi kenyataan palsu kepada polis. Lima rakan Nida itu adalah pengurus Tangmo, Idsarin 'Gatick' Juthasuksawat: Wisapat 'Pasir' Manomairat; Nitas 'Job' Kiratissoothisathorn; pemilik bot, Tanupat 'Por' Lerttaweewit dan Phaiboon 'Robert' Trikanjananun. Tanupat dan Phaiboon sudah pun didakwa kerana mengendalikan kapal tidak berlesen dan kecuaian yang membawa kepada kematian. Bukti baharu muncul apabila Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi (TCSD) mengesan telefon bimbit Tanupat. Berdasarkan kandungan dalam peranti itu, Tanupat mengaku kepada salah seorang daripada beberapa individu yang di