MARIA CHIN DITAHAN DIBAWAH SOSMA: MENGAPA PEGUAM NEGARA DAN KETUA POLIS MEMBISU?
Sangat luar biasa mengapa Maria Chin dikenakan tahanan SOSMA sedangkan semua orang lain yang ditahan sudah keluar. Kemungkinan ia adalah disebabkan oleh siasatan berkaitan dokumen DC Leaks dimana OSF milik Soros 'mendakwa mereka adalah pemacu utama Program di Malaysia, memainkan peranan penting dalam membawa beratus-ratus ribu orang turun untuk berhimpun dalam demonstrasi BERSIH dan OSF bukan hanya sekadar membiayai. Lanjutan dari pendedahan DC Leaks, BERSIH dan Majlis Peguam juga mengaku menerima dana daripada Soros dan juga NDI (di mana dana dari NED adalah terang-terangan daripada CIA). Sejarah Maria juga menarik kerana arwah suaminya menyertai PLO sehingga ke tahap menjadi pengawal peribadi Yasser Arafat. Dan apabila mereka kembali ke tanah air, mereka telah mengasaskan dua gerakan NGO dimana ejen CIA mendiang Philip Agee yang telah mendedahkan sebagaj kerja dalaman CIA. Harus ingat bahawa siasatan PDRM bermula lebih awal dan apabila ...