Posts

Showing posts with the label Flat

Tiga rumah flat di Rawang terbakar

Image
Tiga rumah flat di Rawang terbakar https://huluselangor.com/?p=767410 RAWANG: Kebakaran di Blok 4 Bukit Rawang Jaya di sini, awal pagi tadi memusnahkan tiga rumah flat. Kebakaran pada jam 3.55 (10/12/2023) pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa. Menurut kenyataan Pasukan Gerakan Operasi (PGO)  Selangor,  operasi pemadaman membabitkan seramai 28 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba serta Penyelamat Bukit Sentosa dan Selayang. “Berdasarkan laporan awal, semasa sampai di lokasi didapati kebakaran melibatkan rumah flat empat tingkat yang terbakar di tingkat empat dan melibatkan tiga buah rumah. “Peratus kebakaran rumah tengah adalah 100 peratus, rumah kiri 40 peratus manakala rumah kanan 20 peratus,” ujarnya dalam kenyataan. Katanya, api dapat dikawal kira-kira jam 4.23 pagi.