Posts

Showing posts with the label 5G

TM keluar notis penamatan berhubung perolehan SSA KE ATAS kepentingan dalam DNB

Image
TM keluar notis penamatan berhubung perolehan SSA KE ATAS kepentingan dalam DNB Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengeluarkan notis penamatan kepada Digital Nasional Bhd (DNB), berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan terma perjanjian langganan saham (SSA) untuk melanggan 20 peratus kepentingan ekuiti dalam DNB.  Ini berikutan tarikh lanjutan untuk memenuhi semua syarat duluan (CP) di bawah SSA telah luput, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.  Penamatan SSA itu dijangka tidak memberi kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan gearan Kumpulan TM bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.  "Pelanggan TM akan terus menikmati perkhidmatan dan penyelesaian 5G kerana perjanjian akses borong 5G dengan DNB kekal utuh," katanya. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/mfPwC4zYUJc Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, TM sedang menantikan proses serta perbincangan seterusnya dengan kerajaan termasuk industri mengenai penyertaan 5G merentasi Fasa 1 (ke arah 8

Capaian internet paling perlahan sebab PH batalkan rancangan 5G kerajaan BN

Image
Capaian internet paling perlahan sebab PH batalkan rancangan 5G kerajaan BN [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154926 ] Kelajuan internet mobile Malaysia telah jatuh ke paling perlahan di ASEAN sejak kerajaan PH batalkan rancangan 5G kerajaan BN dulu untuk membuat kajian dan kerajaan PN pula asyik membuat u-turn dan akhirnya memutuskan untuk membina monopoli infrastruktur 5G mobile melalui syarikat milik kerajaan DNB. Pada ketika ini juga, infrastruktur 5G yang dibina DNB masih tidak diluluskan oleh syarikat Apple dan Samsung. Harap kerajaan hari ini akan memperbetulkan keadaan ini secepat mungkin agar Malaysia tidak lagi merupakan satu-satunya negara di ASEAN tanpa perkhidmatan 5G. Apa ertinya bagi Rakyat Malaysia membeli smartphone dan peranti 5G terbaru yang canggih tapi kita tidak ada 5G?