Posts

Showing posts with the label Hong Kong

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Image
[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987 ISKANDAR PUTERI  -- Malaysia menutup jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini dengan bergaya, selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam ini. Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. Pan Gon membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama malam ini, apabila menurunkan Shahrul Mohd Saad serta Quentin Cheng di benteng pertahanan, sementara mempertaruhkan Nooa Laine dan Muhamad Nor Azam Abdul Azih di bahagian tengah. Pada aksi dihadiri 4,593 penonton itu, pasukan negara bermula perlahan dan bergelut mencari rentak permainan hampir dibolosi seawal minit keempat, selepas tandukan pemain pertahanan Hong Kong