Posts

Showing posts with the label Pasir Tumboh

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

Image
[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159383   KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi ini. Mayat Muhammad Zul Hafiz Azman, 18, dan Luqman Hakim Azman, 16, dijumpai terapung dalam keadaan berpelukan kira-kira 20 meter (m) dari lokasi kali terakhir mereka dilihat tenggelam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, El Taraff Mohd Zachariah berkata, mayat kedua remaja lelaki itu ditemukan orang awam yang turut membantu dalam misi mencari dan menyelamat (SAR). "Kami memulakan SAR pada 8 pagi tadi dengan membuat pencarian di permukaan menggunakan bot dalam radius 200 m di sekitar lokasi dan belum sempat melakukan selaman. "Pada 8.40 pagi tadi, mayat kedua-dua mangsa ditemukan terapung dalam keadaan berpelukan oleh orang ramai tidak jauh dari lokasi mangsa dilihat kali terakhir," katanya ketik

[Video] Polis buru tiga lelaki kebas 10 beg simen bernilai RM185

Image
[Video] Polis buru tiga lelaki kebas 10 beg simen bernilai RM185 Sumber:  https://pakdin.my/157997  ... KOTA BHARU – Seorang peniaga menjual perkakasan rumah mengalami kerugian sebanyak RM185 selepas 10 beg simen yang diletakkan di hadapan premisnya di Kampung Parit Limbat, Pasir Tumboh di sini hari ini dikebas pencuri. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, pemeriksaan menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi tadi. Menurutnya, tiga orang lelaki yang terlibat dalam kecurian itu telah memunggah 10 beg simen ke dalam sebuah kereta jenis Proton Saga. “Pemilik premis itu yang berusia 25 tahun menyedari beg simen itu hilang semasa membuka perniagaannya kira-kira pukul 7 pagi tadi. “Beg simen yang hilang itu diletakkan di luar premis yang berhampiran dengan jalan raya. Siasatan mendapati, pemilik premis mengalami kerugian sebanyak RM185 selepas 10 beg simen itu dicuri,” katanya k