Posts

Showing posts with the label MUDA
Image
Syed Saddiq lepas jawatan Presiden Muda BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170675 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melepaskan jawatannya sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik  Malaysia (MUDA) serta-merta hari ini, susulan keputusan mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Beliau berkata jawatan itu akan dipangku sementara waktu oleh Timbalan Presiden MUDA Amira Aisya Abd Aziz dan keputusan itu telah dipersetujui secara kolektif oleh mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA hari ini. “Saya mengosongkan jawatan Presiden serta-merta sementara membersihkan nama saya melalui proses mahkamah. “Saya tidak akan melibatkan diri atau dilibatkan lagi dalam mana-mana keputusan dalam Parti MUDA dan yang berkaitan dengan masa depan MUDA, namun saya akan terus mendukung parti ini sebagai ahli,” katanya pada sidang media khas, hari ini. Pagi tadi, Mahkamah Tinggi

[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH

Image
[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH BACA di pakdin.my/167399 - Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengingatkan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa kemenangannya di kerusi parlimen Muar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah kerana sokongan Pakatan Harapan (PH). Dia berkata demikian sebagai menjawab ancaman Syed Saddiq dan Muda untuk menarik balik sokongan daripada kerajaan perpaduan. Ahli Parlimen Muar itu mengancam mengambil tindakan demikian sekiranya tiada penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung penarikan balik 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Loke menegaskan Syed Saddiq mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk menyokong kerajaan perpaduan kerana undi yang diperolehnya pada PRU15 adalah dengan bantuan PH. “Pertama sekali, ini (menarik sokongan daripada kerajaan) adalah keputusan mereka. Mereka perlu membuat keputusan sendiri. “Tetapi biar saya ingatkan mereka (Muda dan Syed Saddiq

#PRNJohor: Anwar kecewa dengan parti Muda

Image
#PRNJohor: Anwar kecewa dengan parti Muda - Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155342 - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) kerana meletakkan calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) tidak ada masalah terhadap calon yang bertanding dalam PRN Johor tetapi masalah timbul di Dun Larkin membabitkan parti Muda. "Perkara ini akan diserahkan kepada rakyat untuk menilai daripada segi sokongan. "Kita memerlukan pembangkang yang kuat dan konsisten yang tidak boleh disogok atau dibeli, itu yang rakyat perlukan," katanya pada Program Santai Belia Malaysia di Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson, hari ini. Sementara itu, Anwar berkata, PH tidak meletakkan mana-mana calon sebagai calon Menteri Besar tetapi mahu memastikan kemenangan (PRN) dulu. "Perkara itu belum dibincangkan tetapi kita mahu menyelesa

#PRNJohor: Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri MUDA kerusi mudah menang

Image
#PRNJohor: Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri MUDA kerusi mudah menang [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154551 ] Wanita PKR Johor kecewa dengan keputusan Amanah yang menyerahkan kerusi ‘mudah menang’ kepada MUDA pada pilihan raya negeri (PRN) itu nanti. Ketuanya Napsiah Khamis mempersoalkan tindakan itu kerana baginya Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa berpotensi dipertahankan Pakatan Harapan (PH). “PH sepatutnya kena jaga kerusi yang macam ni, kita tidak tahu bagaimana kesetiaan MUDA kepada kita, tidak teruji pun lagi, jadi itu yang kita pertikaikan,” katanya. DUN Puteri Wangsa salah satu daripada enam kerusi yang diserahkan Amanah dan DAP kepada MUDA untuk ditandingi. Kerusi itu dilihat berpotensi dimenangi memandangkan PH menang di kawasan berkenaan dalam dua pilihan raya sebelum ini. Pada PRU14, DUN Puteri Wangsa mempunyai pengundi 39% Melayu, Cina 50%, India 10% dan lain-lain 1%. Mazlan Bujang daripada Bersatu, yang bertanding atas tiket PKR, menang dengan majoriti 24,959 un