Posts

Showing posts with the label Penyakit X

Pakar temui wabak Penyakit X yang boleh menyebabkan kematian

Image
Pakar temui wabak Penyakit X yang boleh menyebabkan kematian BACA di: https://pakdin.my/168799/ "X" bermaksud tidak dijangka Disease X atau penyakit X, yang bermaksud penyakit yang tidak dijangka, masih diperingkat jangkaan pada masa ini. Penyakit yang dikhuatiri saintis dan pakar kesihatan awam boleh menyebabkan penyakit serius di seluruh dunia apabila virus baharu yang boleh menyebabkan kematian ditemui. Pakar mengatakan simptom Penyakit X muncul di Afrika. Seorang pesakit yang namanya dirahsiakan menjalani pemeriksaan selepas mengalami simptom awal demam denggi. Beberapa ujian termasuk Ebola telah dilakukan, tetapi keputusannya negatif. Beliau telah diperiksa di Institut Penyelidikan Bioperubatan Kebangsaan (INRB) di Kinshasa, ibu negara Republik Demokratik Congo. Sebelum ini pesakit ini diasingkan untuk mengelakkan jangkitan Ebola. Anak-anaknya juga telah diuji, tetapi setakat ini tidak menunjukkan sebarang gejala. Menurut Dr. Dadin Bonkole, ini bukan kemungkinan yang dat