Posts

Showing posts with the label Tommy Thomas

[VIDEO] Senarai nama ahli jawatankuasa RCI siasat buku bekas Peguam Negara dikemuka kepada Agong

Image
[VIDEO] Senarai nama ahli jawatankuasa RCI siasat buku bekas Peguam Negara dikemuka kepada Agong BACA seterusnya di: pakdin.my/167375 - Senarai ahli dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said akan diputuskan Jemaah Menteri. Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI mengenai dakwaan Thomas dalam bukunya, bertujuan mencari kebenaran dan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara. Buku tulisan bekas peguam negara itu dengan pelbagai kontroversi, menyebabkan kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas, untuk menjalankan kajian awal ke atas pendedahan terkandung dalam buku tersebut. Zahid Hamidi berkata Kabinet akan memutuskan senarai ahli jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai dakwaan dalam buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas sebelum diserahkan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong. Timbalan perdana menteri berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undan

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Image
2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129 Berkali-kali DSN mohon untuk singkirkan Gopal Sri Ram dari menjadi pendakwa dalam kes beliau.  Ini adalah kerana terdapat akuan bersumpah dari bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali bahawa Gopal Sri Ram pernah datang ke rumah beliau pada Januari 2018 dan menyampaikan bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN.  Tan Sri Apandi enggan dan kerana itu telah disingkirkan dari jawatan Peguam Negara.  Bukti : https://www.theedgemarkets.com/article/apandi-claims-sri-ram-has-clear-mission-bias-against-najib Kemudian Gopal Sri Ram telah dilantik menjadi Pendakwa Raya oleh Tommy Thomas.  Dan terdapat bukti bahawa Gopal Sri Ram turut terlibat dalam proses siasatan SPRM sedangkan sebagai pendakwaraya dia tidak boleh terlibat sama sekali. Ini didedahkan oleh Tommy Thomas sendiri dalam buku tulisannya.  VIDEO berkaitan: Berkali-kali DSN mohon untuk singkirkan Gopa

Kes Shahrir bukti Thomas lakukan pendakwaan politik, kata Puad

Image
Kes Shahrir bukti Thomas lakukan pendakwaan politik, kata Puad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161248 Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menggesa pihak berkuasa menyiasat Tommy Thomas atas dakwaan melakukan pendakwaan politik, susulan keterangan saksi di mahkamah pada Jumaat membabitkan bekas peguam negara itu. Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu Thomas tetap mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap. Pegawai Penyiasat SPRM, Nurzahidah Yacop dilaporkan berkata, beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Thomas memberi izin untuk mendakwa Shahrir pada 15 Jan 2020. Puad berkata, keterangan pegawai penyiasat SPRM itu adalah bukti Thomas melakukan pendakwaan politik. Beliau turut mendakwa pemimpin Umno berdepan pendakwaan politik ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri ketujuh. “Asalkan didakwa sudah. Tujuannnya

Pertuduhan terhadap Shahrir diteruskan walau tidak lengkap - Saksi

Image
Pertuduhan terhadap Shahrir diteruskan walau tidak lengkap - Saksi BACA seterusnya di https://pakdin.my/161236 Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, bahawa Peguam Negara sebelum ini, Tan Sri Tommy Thomas mengarahkan dakwaan terhadap Tan Sri Shahrir Ab Samad diteruskan meskipun kertas siasatan belum lengkap. Penolong Penguasa Cawangan Sasaran Operasi Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Nurzahidah Yacop berkata demikian ketika perbicaraan kes Shahrir yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saksi pendakwaan ke-22 (SP-22) itu berkata, kertas siasatan daripada Timbalan Pendakwa Raya telah diterima, yang mana izin mendakwa bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu diperoleh pada 15 Januari 2020. Nurzahidah, 35, juga bersetuju dengan cadangan peguam, Datuk Sy

[Video] Halang Tommy keluar negara sehingga kebenaran mengenai tuntutan Sulu terjawab, kata Najib

Image
[Video] Halang Tommy keluar negara sehingga kebenaran mengenai tuntutan Sulu terjawab, kata Najib Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159632 Notis saman timbang tara wakil Sulu dikemukan secara rasmi kepada Malaysia pada bulan Julai 2019 ketika kerajaan PH bermaharajalela. Surat Tommy Thomas dikatakan adalah punca keputusan ancam aset Malaysia bernilai RM66 bilion di luar negara. Kekesalan Tommy Thomas berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara tersebut. Dua ahli parlimen merangkap Timbalan Menteri kerajaan PH mendakwa mereka terkejut dan tidak pernah mengetahui kewujudan surat Tommy dan tidak tahu sekiranya surat tersebut mendapat mandat kerajaan PH. Ini soal kedaulatan negara dan soal ancaman kepada aset luar negara Malaysia bernilai RM66 bilion. Isu yang amat berat sekali sebab telah disifatkan oleh mahkamah antarabangsa sebagai mengiktirafkan tuntutan Sulu ke atas Sabah. Memandangkan Perdana Menteri

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa

Image
Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159398    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB). “Hari ini terbukti sudah kamu melepaskan Muhyiddin daripada didakwa kerana beliau adalah sekutu kamu, bukan keadilan yang dicari, tapi dendam yang menjadi keutamaan (terhadap Umno),” katanya dalam kenyataan. Razlan berkata, Muhyiddin sepatutnya menghadapi tuduhan sama seperti Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, atau sekurang-kurangnya menjawab dakwaan itu di mahkamah. Katanya, Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu, akan tahu Muhyiddin menerima wang daripada UKSB dan bekas peguam negara, Tommy Thomas juga akan tahu bukti kes itu serta mengetahui siapa terbabit. “Hari ini, Zahid terpaksa membuktikan diri beliau di mahkamah, terpaksa berhadapan dengan cercaan masyarakat, tap

Ada usaha untuk menyembunyikan bukti daripada perbicaraan Najib dan penglibatan Zeti?

Image
Ada usaha untuk menyembunyikan bukti daripada perbicaraan Najib dan penglibatan Zeti? Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155691 - Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata bahawa SPRM hanya ditugaskan untuk pemulangan wang dari Singapura dan menyerahkan siasatan kepada PDRM. Persoalannya SIAPA yang mengarahkan SPRM tidak menyiasat dan MENGAPA? Siasatan oleh SPRM dan PDRM akan mengambil sudut yang sangat berbeza kerana PDRM tidak akan menyiasat rasuah atau salah guna kuasa di bawah akta SPRM. Dan juga mengapa PDRM mengambil masa yang lama untuk menyiasat? " Dakwaan berkaitan 1MDB: SPRM tak siasat suami Zeti, kata Azam " https://www.malaysiakini.com/news/612583 BERITA YANG MENGEJUTKAN! Menurut kenyataan SPRM hari ini: - Tommy tahu tentang penglibatan keluarga Zeti pada akhir 2018. -Tommy adalah orang yang meminta SPRM menghantar pulang dana keluarga Zeti dari Singapura - Tommy adalah orang yang memutuskan SPRM tidak perlu menyiasat tetapi polis harus menyiasat - ini juga bermakna po

Tommy Thomas perlu berani dan bertanggungjawab ke atas buku sendiri – Ahmad Zahid

Image
  Tommy Thomas perlu berani dan bertanggungjawab ke atas buku sendiri – Ahmad Zahid [LINK: https://pakdin.my/?p=153340 ] Bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas harus bekerjasama dengan pasukan petugas yang menyiasat dakwaan dalam memoirnya, tegas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi Barisan Nasional itu berkata Thomas harus lebih “gentleman” dan berani bertanggungjawab ke atas kandungan memoirnya sendiri. “Dia sepatutnya membantu untuk membongkar kebenaran kerana sebagai bekas peguam negara dia sepatutnya lebih memahami bahawa ‘keadilan’ adalah mengenai kebenaran,” katanya di Facebook pada Isnin. Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, rakyat berhak mendapat jawapan kepada soalan yang didedahkan bekas Peguam Negara dalam bukunya “My Story: Justice in The Wilderness” kerana ia melibatkan maruah dan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Tambah beliau, dengan bekerjasama dengan pasukan petugas itu, Thomas boleh membawa kepada pemahaman yang lebih baik tentang apa yan

Tommy Thomas dedah beliau dan Mahathir berperanan memilih dan melantik hakim-hakim negara - Najib

Image
Hari ini, ada bekas hakim yang keluarkan kenyataan bahawa ianya salah bagi Perdana Menteri untuk campur tangan dalam pelantikan hakim-hakim negara. Bahawa pelantikan hakim-hakim perlu hanya di bawah kuasa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tanpa campur tangan pihak lain termasuk PM. Saya setuju dengan kenyataan bekas hakim ini. Baca seterusnya di: https://pakdin.my/?p=146952