Aksi paling menyedihkan Arsenal
Aksi paling menyedihkan Arsenal
LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tanpa berselindung mengakui peluang pasukannya mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan musnah sama sekali sekiranya kekal dengan prestasi buruk seperti kekalahan 1-2 kepada Fulham di Craven Cottage malam tadi.
Walaupun bermula cemerlang untuk berada di depan seawal minit kelima permainan, tetapi Arteta mengakui The Gunners mengharungi baki aksi dengan persembahan terburuk musim ini hingga mengakibatkan kekalahan kedua berturut-turut.
“Apa yang boleh saya rumuskan, ia adalah hari menyakitkan dan menyedihkan buat kami. Agak senang untuk Fulham memenangi bola pertama dan kedua hingga menyaksikan mereka memperolehi kedua-dua jaringan.
“Apa yang berlaku hari ini tidak boleh berlaku lagi kerana jika berulang, sudah pasti kami tidak ada kemampuan untuk berada di tempat yang kami mahukan,” katanya.
Terdahulu, Bukayo Saka meletakkan The Gunners di depan, namun Raul Jiminez kembali menghidupkan perjuangan Fulham sebelum Bobby De Cordova-Reid menghasilkan gol kemenangan tuan rumah.
Comments
Post a Comment