Posts

Showing posts with the label Gay

Wahab dakwa Agus serang secara seksual

Image
Wahab dakwa Agus serang secara seksual BACA di: https://pakdin.my/173920 Polis mula menjalankan siasatan susulan dakwaan gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan tersebut dilakukan di sebuah Ibu Pejabat Polis (IPD) di Selangor, semalam. Jelas beliau, laporan tersebut berkaitan gangguan seksual dipercayai berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel di Bintulu, Sarawak. “Abdul Wahab mendakwa, dia tampil membuat laporan bagi melindungi diri selain menafikan terlibat di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap suspek (Mohammad Agus). “Siasatan masih diteruskan dan kita akan panggil beberapa individu lagi bagi diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Semalam, media melaporkan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir hadir ke IPD Kajang bagi membuat laporan polis selain mendakwa tindakannya itu bagi member

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

Image
Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158470 LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei lalu meningkat kepada tujuh orang, lapor laman berita Wion News semalam. Agensi Keselamatan Kesihatan (UKHSA) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti kaitan  antara empat kes jangkitan terbaharu di London itu yang sebelum ini dikatakan tidak mempunyai hubung kait dengan tiga kes lain. Empat kes baharu itu tiada kaitan dengan aktviti melancong ke negara di mana cacar monyet adalah endemik. Lokasi, cara dan kaitan antara  kes masih dalam siasatan, kata agensi sama. Penyakit cacar monyet jarang berlaku dan menyerupai jangkitan virus cacar yang telah dihapuskan pada tahun 1980. Walaupun cacar monyet jauh lebih ringan daripada penyakit cacar dengan pesakit biasanya pulih dalam masa beberapa minggu sahaja