Syed Saddiq lepas jawatan Presiden Muda BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170675 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melepaskan jawatannya sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta-merta hari ini, susulan keputusan mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Beliau berkata jawatan itu akan dipangku sementara waktu oleh Timbalan Presiden MUDA Amira Aisya Abd Aziz dan keputusan itu telah dipersetujui secara kolektif oleh mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA hari ini. “Saya mengosongkan jawatan Presiden serta-merta sementara membersihkan nama saya melalui proses mahkamah. “Saya tidak akan melibatkan diri atau dilibatkan lagi dalam mana-mana keputusan dalam Parti MUDA dan yang berkaitan dengan masa depan MUDA, namun saya akan terus mendukung parti ini sebagai ahli,” katanya pada sidang media khas, hari ini. Pagi tadi, Mahkamah Tin...
Posts
Showing posts with the label Letak Jawatan
Muhyiddin tidak layak lagi diberikan jawatan – Nur Jazlan
- Get link
- X
- Other Apps
Muhyiddin tidak layak lagi diberikan jawatan – Nur Jazlan [LINK: https://pakdin.my/?p=153404 ] Selepas satu persatu episod kegagalan yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin, Nur Jazlan menyatakan bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak layak diberi sebarang tanggungjawab atau jawatan lagi. Timbalan Pengerusi UMNO Johor itu berkata, selepas gagal menjalankan amanah sebagai Perdana Menteri kelapan dan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin kini terpalit pula dengan isu pelantikan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tambah beliau, sebagai orang penting dalam parti dan kerajaan, Muhyiddin sepatutnya memikul penuh segala kegagalan itu dan bukannya menuding jari kepada orang lain. “Semasa menjadi Perdana Menteri dan gagal, dia menyalahkan UMNO. Semasa dia meninggalkan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan bersama Pakatan Harapan (PH), dia menyalahkan UMNO. Semasa dia ‘menumbangkan’ Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, d...