[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai
[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai Sebuah penempatan haram yang terletak sejauh 1.2 kilometer dari jalan utama dan mempunyai kemudahan sekolah dikesan dibina pendatang asing tanpa izin (PATI) di Nilai Spring, Nilai, dekat sini. Ia dikesan hasil serbuan dalam satu operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), awal pagi tadi. Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Kennith Tan Ai Kiang, berkata perkampungan warga asing itu di bina di kawasan permukaan yang tidak rata dan berpaya selain dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar. "Penempatan haram ini berada di kawasan permukaan bumi yang tidak rata dan berpaya serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar yang mendatangkan risiko kecederaan tinggi kepada semua pegawai yang melaksanakan operasi itu. "Pasukan operasi juga terpaksa berjalan kaki melalui kawasan hutan sejauh 1.2 kilometer sebelum sampai ke lokasi. "Hasil risikan dijalankan selama sebulan, penemp...