Posts

Showing posts with the label Siasatan

[VIDEO] Polis buka kertas siasatan terhadap Ustaz Zainul Asri

Image
[VIDEO] Polis buka kertas siasatan terhadap Ustaz Zainul Asri BACA seterusnya: https://pakdin.my/166143 Polis telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berhubung ucapannya yang didakwa berbaur hasutan dalam program Himpunan Kedah Berselawat pada Sabtu lepas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perkara itu hari ini berkata Syeikh Muhd Zainul Asri telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan, namun beliau tidak direman. “Dalam pertemuan pertama (dengan polis) itu, dia telah mengakui kesilapannya dan berkata terlalu teruja apabila mendapat sambutan dalam perhimpunan tersebut. "Namun saya dimaklumkan siasatan diteruskan sebab ada aduan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kelapan di sini hari ini. Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil Pakatan Harapan di Ibu Pejab