Posts

Showing posts with the label Terbakar
Image
▶️ Bas ekspres terbakar: Lima sekeluarga melancong, satu maut, dua kritikal https://pakdin.my/174934/ ALOR GAJAH – Mangsa yang rentung dalam kejadian bas ekspres dua tingkat terbakar di Kilometer 198.0 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), awal pagi tadi disahkan seorang remaja warga India. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa dikenali sebagai Yafarah Taj Fakrudin Hussaini berusia 17 tahun yang datang melancong ke negara ini bersama keluarganya dari Chennai, Tamil Nadu. Katanya, empat lagi ahli keluarga mangsa turut cedera dengan dua daripadanya yang berusia 69 dan 45 tahun berada dalam keadaan kritikal di Hospital Melaka, selepas masing-masing mengalami tahap melecur 80 serta 50 peratus. “Hasil siasatan mendapati, sebelum kejadian telah berlaku kemalangan awal melibatkan sebuah motosikal yang terbabas sendiri dan jatuh di lorong paling kiri. “Penunggang bagaimanapun sempat bangun mengelak ke kiri jalan dan tidak lama kemudian datang bas ekspres berb

Semua penumpang, anak kapal pesawat JAL selamat dari kebakaran di lapangan terbang Tokyo

Image
Semua penumpang, anak kapal pesawat JAL selamat dari kebakaran di lapangan terbang Tokyo https://pakdin.my/174761/ TOKYO  – Sebuah jet Japan Airlines terbakar di lapangan terbang Haneda Tokyo pada Selasa selepas kemungkinan berlaku pelanggaran antara pesawat Pengawal Pantai, dengan syarikat penerbangan itu. Syarikat penerbangan itu berkata bahawa kesemua 379 penumpang dan anak kapal telah selamat dipindahkan. Rakaman langsung di penyiar awam NHK menunjukkan pesawat itu terbakar selepas berlaku perlanggaran di landasan dan kru penyelamat berusaha untuk mengawal kebakaran. Pengawal Pantai berkata ia sedang menyiasat kemungkinan salah satu pesawatnya bertembung dengan jet penumpang itu. Lima daripada enam krew pesawat pengawal pantai itu tidak dapat dikesan, manakala seorang berjaya menyelamatkan diri, lapor penyiar awam NHK. Jurucakap Japan Airlines berkata pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Shin-Chitose di pulau utara Hokkaido. Haneda telah menutup semua landasan selepas kejadia

Tiga rumah flat di Rawang terbakar

Image
Tiga rumah flat di Rawang terbakar https://huluselangor.com/?p=767410 RAWANG: Kebakaran di Blok 4 Bukit Rawang Jaya di sini, awal pagi tadi memusnahkan tiga rumah flat. Kebakaran pada jam 3.55 (10/12/2023) pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa. Menurut kenyataan Pasukan Gerakan Operasi (PGO)  Selangor,  operasi pemadaman membabitkan seramai 28 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba serta Penyelamat Bukit Sentosa dan Selayang. “Berdasarkan laporan awal, semasa sampai di lokasi didapati kebakaran melibatkan rumah flat empat tingkat yang terbakar di tingkat empat dan melibatkan tiga buah rumah. “Peratus kebakaran rumah tengah adalah 100 peratus, rumah kiri 40 peratus manakala rumah kanan 20 peratus,” ujarnya dalam kenyataan. Katanya, api dapat dikawal kira-kira jam 4.23 pagi.

🎦 Gerai makan di Dataran Teluk Kemang, Port Dicson terbakar

Image
  🎦 Gerai makan di Dataran Teluk Kemang, Port Dicson terbakar  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170749 BEBERAPA premis gerai makan difahamkan rentung dalam satu insiden kebakaran yang berlaku di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu. Pengunjung dan orang ramai di situ rata-ratanya turut cemas dan menyelamatkan diri masing-masing di samping cuba untuk memadamkan api marak. Insiden itu dipercayai berpunca akibat letupan gas memasak di salah sebuah dapur premis berkenaan yang sekali gus mengakibatkan deretan kedai di situ turut terbakar sama. Dikongsikan di laman media, saksi kejadian sempat merakamkan detik cemas tersebut. https://youtube.com/shorts/d5hd12k0hNs

🎦 Dua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentung

Image
🎦 Dua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentung https://pakdin.my/168378/ JELEBU – Seorang maut, manakala seorang lagi parah apabila dua buah kenderaan termasuk lori jatuh ke lereng bukit kira-kira enam meter dalam kejadian di Bukit Tangga, berhampiran Jeram Toi, di sini, pagi tadi 26 September 2023. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pasukan bomba mendapat maklumat kejadian kira-kira pukul 9.26 pagi tadi membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Proton Persona dan sebuah lori. Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, lori tersebut dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Jelebu telah hilang kawalan lalu terbabas semasa menuruni bukit berhampiran Jeram Toi. “Lori berkenaan kemudiannya melanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut jatuh ke lereng bukit dengan ketinggian kira-kira 20 kaki (enam meter). Akibat perlanggaran tersebut, kereta terbakar 100 peratus. “Pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahag

[VIDEO] Pasar Terapung Pattaya musnah terbakar

Image
[VIDEO] Pasar Terapung Pattaya musnah terbakar BACA seterusnya di: pakdin.my/167356 Kebakaran berlaku di Pasar Terapung Pattaya di daerah Bang Lamung pada malam Khamis, memusnahkan sebahagian daripada mercu tanda pelancongan yang menampilkan pelbagai produk budaya dan tradisional dari keempat-empat wilayah negara itu. Dua puluh tujuh trak bomba dari bandar Pattaya dan pentadbiran tempatan berdekatan, dengan lebih 200 anggota bomba, telah dihantar untuk memadam kebakaran yang bermula kira-kira jam 8 malam 7 September 2023. Api merebak dengan cepat berikutan kebanyakan kedai dibina dengan kayu dan beratap jerami. Bunyi silinder gas meletup kedengaran satu demi satu. Kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 10 pagi dan akibat kejadian tersebut banyak kedai dan struktur musnah di salah satu plot tanah seluas 19 rai (14,400 meter persegi). Seorang anggota bomba mengalami luka melecur ringan dan dimasukkan ke hospital. Punca kebakaran sedang dalam siasatan, dan tahap kerosakan sedang dinilai.

[VIDEO] 10 kilang terbakar di Balakong

Image
[VIDEO] 10 kilang terbakar di Balakong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166229 PETALING JAYA: Sebanyak 10 kilang musnah dalam kebakaran di Jalan KPB 3, Kawasan Perindustrian Balakong di sini, awal pagi tadi 30 Jun 2023.  Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan pada pukul 2.15 pagi membabitkan kejadian tersebut dan sebanyak sembilan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.  Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, operasi melibatkan seramai 48 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn ;BBP Serdang; BBP Pandan; BBP Kajang; BBP Bangi; BBP Petaling Jaya, BBP Shah Alam dan BBP Cyberjaya.  Katanya, kebakaran pada awalnya melibatkan empat namun merebak ke enam kilang lain menjadikan 10 buah kilang terbabit.  “Api merebak dengan pantas disebabkan pengubahsuaian dan penambahan awning kilang. “Malah, jarak antara kilang yang terlalu rapat serta kilang-kilang tersebut mempunyai ‘fire load’ yang tinggi kerana padat dengan bahan yang mud

[VIDEO] 12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

Image
[VIDEO] 12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165720 KLANG: Sebanyak 12 kontena berisi pelbagai barangan musnah dalam kebakaran di Pelabuhan Barat, Pulau Indah semalam 6 Jun 2023. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 5.37 petang. Katanya, sepasukan 34 pegawai dan anggota bersama jentera dari 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian. BBP terbabit adalah Pelabuhan Barat, Andalas, Kota Anggerik, Petaling Jaya, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Puchong, Subang, Serdang dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). "Laporan awal, kebakaran membabitkan lapan unit kontena yang disusun secara empat tingkat. https://youtube.com/shorts/UKx6IFnaHKM?feature=share "Hingga jam 9.30 malam tadi, 12 unit kontena dengan lapan muatan telah dikenal pasti iaitu alat ganti, alatan muzik, kapas, baby walker, minyak pelincir,
Image
[VIDEO] Bangunan lama KWSP di Petaling Jaya terbakar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165204 Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, di sini, terbakar buat kali kedua selepas insiden sama pada 2018. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.39 pagi tadi dan tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian. Beliau berkata lebih 20 anggota dikerahkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7, BBP Serdang, BBP Puchong, BBP Pantai Dalam dan BBP Hang Tuah. “Bangunan terbakar berkenaan hanya melibatkan tingkat 4 dan tingkat 5. Kami berjaya mengawal api pada 11.08 pagi hari ini. “Alhamdulillah, bangunan KWSP lama itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini. Hafisham berkata bangunan KWSP berkenaan telah dikosongkan sebelum ini dan kini sedang

[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat

Image
[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163582 Sebuah gerai yang menjual bunga api dan mercun terbakar sekali gus menyebabkan barangan dijual musnah dalam kejadian didakwa di Chow Kit, Kuala Lumpur. Insiden tersebut tular menerusi video di media sosial memperlihatkan mercun-mercun yang dijual meletup serta mengundang kebimbangan orang awam di situ. Menerusi video tersebut, gerai berpayung menjual bunga api dan mercun itu berdekatan dengan gerai menjual pakaian serta pasar raya. Kelihatan orang ramai melarikan diri daripada terkena percikan mercun selain terdapat seorang individu bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api. Bagaimanapun, tidak diketahui punca, masa kejadian tersebut serta kerugian dialami penjual bunga api dan mercun itu memandangkan tiada maklumat lanjut berkenaan kebakaran. Sementara itu pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian sebuah gerai yang menjual

[VIDEO] Kedai kasut di The Mines terbakar

Image
[VIDEO] Kedai kasut di The Mines terbakar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161823 SERDANG – Sebuah kedai kasut yang berada di dalam pusat beli-belah The Mines musnah sepenuhnya dalam kebakaran, hari ini 15 Januari 2023. Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11.39 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi. Katanya, sebanyak 33 anggota berserta enam jentera telah dikejarkan ke lokasi kemalangan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, BBP Bandar Tun Hussein On dan BBP Kajang bagi melakukan pemadaman api. “Setibanya anggota di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah kedai kasut di dalam pusat beli belah terbabit yang berada di tingkat satu. “Premis itu musnah 100 peratus dan api berjaya di kawal pada pukul 12.25 tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. 

[VIDEO] Himpunan berita kenderaan terbakar 25-26 Disember 2022

Image
[VIDEO] Himpunan berita kenderaan terbakar 25-26 Disember 2022 BACA seterusnya di https://pakdin.my/161303 Himpunan berita kemalangan yang melibatkan kenderaan terbakar ketika dipandu. Di Seremban NEGERI SEBILAN (26 Disember 2022) – Sebuah kereta Perodua Axia terbakar sepenuhnya akibat melanggar lampu merah dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta di lampu isyarat Jalan Sungai Ujong berhadapan bangunan Palm Mall. Di Batu Pahat JOHOR (26 Disember 2022) - Sebuah lori terbakar berhampiran BP MALL, Batu Pahat. Di Kilometer (km) 259 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, PERAK (26 Disember 2022) – Kebakaran sebuah kenderaan di Kilometer (km) 259 arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh di Lebuh Raya Utara-Selatan menyebabkan kesesakan sejauh 17 kilometer. Di Jempol, NEGERI SEMBILAN  (26 Disember 2022) – Tindakan pantas seorang lelaki memberhentikan kenderaan sebaik menyedari kereta dinaiki terbakar membantu menyelamatkan nyawanya serta isteri dalam kejadian di p

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Image
[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160916/ Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan trafik terhenti sehingga ke dalam terowong Menora 5 Oktober 2022, 23:44. Semua lorong arah Selatan dan Lorong kanan, Lorong tengah arah Utara terhalang. Trafik terhenti arah Selatan dan perlahan 1Km arah Utara.  View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus)

Wanita warga Indonesia rentung dalam kebakaran di Bintulu

Image
Wanita warga Indonesia rentung dalam kebakaran di Bintulu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160702/ Seorang pekerja wanita warga Indonesia rentung apabila bilik didiaminya di sebuah blok rumah pekerja di kilang papan lapis di Jalan Kemena, Bintulu, kira-kira 20 kilometer dari sini, terbakar awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata ketika kejadian, hanya wanita berusia 24 tahun itu berada di bilik berkenaan manakala dua rakan sebiliknya sedang bekerja. Beliau berkata 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus bomba menerima panggilan kebakaran pada 2.59 pagi. Kebakaran hanya melibatkan sebuah bilik nombor lima (daripada tujuh pintu) dan terbakar 100 peratus. Kebakaran berjaya dikawal pada 3.20 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 5.30 pagi," katanya dalam kenyataan. Menurut jurucakap itu, mayat wanita dikenali sebagai Dilla tersebut diserahkan kepada polis untuk tin
Image
[VIDEO] Rumah panjang Jungan 36 pintu musnah terbakar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160576 SELANGAU-- Sebuah rumah panjang di Batu 36 Jalan Sibu, Selangau di sini terbakar awal pagi ini.  Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran yang melibatkan rumah panjang itu sekitar jam 6:58 pagi 23 Ogos 2022.  Komander Operasi melapor kebakaran melibatkan Rumah Jungan sepanjang 36 pintu, struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus. Setakat ini kerja kerja pemadaman dan overhaul masih dijalankan. "PGO Sarawak terima panggilan kebakaran rumah panjang di alamat berkenaan dan telah menggerakan keluaran jentera ke lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.  Anggota dan logistik melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau diketuai PBK II  KUP Abdul Malik Chi dengn sebuah FRT Nissan, 6 anggota.  https://youtu.be/BbfwWzdGnEs Selain itu, BBP Sungai Merah diketuai PBK II Mohamad Faizal, Bujang ber

[VIDEO] Dua maut lori treler bawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik, terbakar

Image
[VIDEO] Dua maut lori treler bawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik, terbakar BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160530 TANJUNG MANIS: Dua lelaki maut selepas lori treler dinaiki mereka yang membawa sebuah jengkaut dipercayai tersangkut pada kabel elektrik dan terbakar, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis Wan Umar Wan Alek berkata, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kampung Semalau menghala ke Kampung Jerijih di sini sekitar jam 9 pagi 19 Ogos 2022. Menurutnya, mangsa ialah Hi Sieh King, 61, seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia yang belum dikenal pasti identitinya. "Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis menerima laporan pada jam 9.15 pagi mengenai kebakaran sebuah lori treler yang membawa jengkaut dan sepasukan anggota bomba terus digerakkan ke lokasi. "Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati lengan jengkaut yang dibawa oleh lori treler terbabit tersangkut pada kabel elektrik dan kebakaran sedang berlaku di

[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik

Image
[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160134/   Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang dipercayai melanda hampir di seluruh negara. Facebook TNB memaklumkan, pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian “Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan. “Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu seluruh negara panik ekoran gangguan elektrik yang tiba-tiba terjadi sekitar 12.45 tengah hari sehingga menjejaskan operasi pejabat. Gangguan itu juga berlaku di Lembah Klang apabila kawasan tumpuan seperti KLCC juga terkesan dengan bekalan elektrik lebih 20 minit. Malah keadaan itu berlaku di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

[VIDEO] 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah musnah dijilat api

Image
[VIDEO] 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah musnah dijilat api Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159670/ KUANTAN: Sebanyak 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah, di Kampung Darat Sungai Ular, di sini, musnah dalam kebakaran jam 9 pagi tadi. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku berikutan pondok berkenaan tiada penghuni kerana semua pelajar sedang bercuti. Pengetua Tahfiz Madrasah Al Imaniyah, Zaidi Malik, berkata sebanyak 33 pondok di tahfiz itu musnah sekelip mata dijilat api dan menyifatkan kejadian itu terburuk dalam 10 tahun ia beroperasi. Zaidi berkata, ketika kebakaran berlaku, beliau dalam perjalanan ke Kelantan dan dimaklumkan mengenai perkara itu oleh penduduk kampung. "Saya berpatah balik untuk melihat sendiri kejadian yang berlaku. Setiba di tempat kejadian, luluh hati saya melihat apa yang berlaku. Saya reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi," katanya. Sementara itu, seorang saksi kejadian yang juga

[Video] Pasar Dato Keramat terbakar dalam kejadian kali kedua

Image
[Video] Pasar Dato Keramat terbakar dalam kejadian kali kedua Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159313   Kemusnahan akibat kebakaran pada jam 1:30 pagi di pasar berkenaan dianggarkan kira-kira 50 peratus. Turut membabitkan sebahagian rumah berhampiran yang dianggarkan musnah kira-kira 10 peratus. Kebakaran itu berjaya dikawal jam 2.11 pagi. Pasar Keramat di Kampung Dato Keramat, di sini, terbakar lagi, awal pagi tadi, selepas kejadian sama berlaku di kawasan berkenaan pada Mac tahun lalu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.30 pagi tadi. "Seramai 47 anggota bersama 14 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran lot kedai di pasar berkenaan dengan keadaan api sangat marak," katanya

(Video) Letupan depoh kontena: Wartawan, bomba antara yang terbunuh

Image
(Video) Letupan depoh kontena: Wartawan, bomba antara yang terbunuh Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159228   CHITTAGONG, BANGLADESH: Angka kematian akibat kebakaran dan letupan di depoh kontena, di sini meningkat kepada 34 orang pada Ahad (5/6/2022). Jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan lebih 300 mangsa cedera. Ketua doktor di wilayah itu, Elias Chowdhury memberi, AFP, ketika pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran, lebih 300 cedera. "Mereka termasuk beberapa wartawan, yang melakukan siaran langsung (mengenai insiden) di Facebook, yang belum diketahui jumlahnya," katanya. "Terdapat beberapa mayat di dalam kawasan yang terbakar. Saya nampak ada lapan atau 10 mayat," kata seorang sukarelawan kepada wartawan. Mereka yang cedera termasuk sekurang-kurangnya 40 anggota bomba dan 10 pegawai polis, kata Ketua Polis Wilayah Chittagong Anwar Hossain kepada AFP. Sekurang-kurangnya lima anggota bomba yang terbunuh. "Angka korban dijangka terus menin