Posts

Showing posts with the label Janda Baik

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

Image
Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160450/ BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit Tinggi Bentong, awal pagi tadi 11 Ogos 2022. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kesemua mereka berusia 18 hingga 64 tahun yang terdiri daripada warga asing dan tempatan itu ditahan sepasukan polis kira-kira 1 pagi. Beliau berkata ketika serbuan polis turut merampas dadah dipercayai jenis ketamin dan pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM800 dan siasatan awal mendapati banglo berkenaan disewa dengan harga RM15,000. Katanya ujian saringan awal air kencing suspek yang terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita itu juga didapati positif dadah. "Seorang yang ditahan bergelar Datuk Seri berusia 46 tahun dan polis masih menyiasat siapa penganjur parti itu. Kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini b...

[Video] Dua kampung di Janda Baik dilanda banjir

Image
[Video] Dua kampung di Janda Baik dilanda banjir  Selanjutnya di: https://pakdin.my/158415   BENTONG - Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan banjir kilat di Kampung Sum Sum dan Kampung Chemperoh dekat Janda Baik di sini pada Rabu 11 Mei 2022. Kejadian melibatkan 12 buah keluarga di Kampung Sum Sum dan 30 lagi keluarga di Kampung Chemperoh. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.27 pagi. Menurutnya, seramai dua pegawai dan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dan dibantu lapan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Janda Baik bergegas ke lokasi kejadian. "Pasukan bomba telah menjalankan operasi penyelamatan melibatkan tiga keluarga di Kampung Sum Sum namun alami kesukaran kerana ada pokok tumbang menghalang ke lokasi kejadian menyebabkan dua unit gergasi rantai digunakan memotong pokok terbabit. "Operasi penyela...