Posts

Showing posts with the label Zeti Aziz

[Video] SRC International: Shafee Abdullah Dakwa Hakim Nazlan Telah Hilang Kelayakkan

Image
  [Video] SRC International: Shafee Abdullah Dakwa Hakim Nazlan Telah Hilang Kelayakkan Selanjutnya di: https://pakdin.my/157141 - Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sepatutnya menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes Najib Razak berkaitan dana SRC International. Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata, ini kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu sebelum ini didakwa memainkan peranan dalam pinjaman 1MDB bagi pemerolehan pengeluar tenaga bebas, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd. Dalam perbicaraan rasuah berkaitan kes 1MDB yang sedang berlangsung terhadap Najib, pihak pendakwaan berhujah bahawa jejak aliran kewangan yang berbelit-belit itu melibatkan pemerolehan Tanjong Energy. Nazlan, yang sebelum ini dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman terhadap Najib melibatkan RM42 juta dana SRC International pada Julai 2020. Najib sedang menunggu rayuan berhubung perkara itu di Mahkamah Persekutuan. Sebelum berkhidmat dalam badan kehakiman, Nazlan merupa

SRC International: Hakim Mohd Nazlan didakwa punyai konflik kepentingan

Image
SRC International: Hakim Mohd Nazlan didakwa punyai konflik kepentingan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157127 - Pagi ni Bossku akan mengemukakan bukti baharu berkaitan hakim Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali  Nazlan sepatutnya menjadi saksi, bukan menjadi hakim perbicaraan dalam kes Najib.  Sepatutnya di peringkat awal lagi Nazlan perlu menarik diri daripada mendengar kes yang melibatkan Dato Seri Najib Razak  Rupanya beliau (Nazlan) turut terlibat (sebagai group general counsel) dalam meluluskan pinjaman Maybank bernilai RM4 bilion kepada 1MDB untuk tujuan pemerolehan Tanjong Energy pada 2012. Konsultan gagi urusan tersebut ketika itu adalah Goldman Sachs, Tim Leissner manakal penasihat perundangan 1MDB ialah Jasmine Loo. Yang mencuri jadi saksi pendakwaan, kambing hitam dituduh, Nazlan yang sepatutnya menjadi saksi menjadi hakim perbicaraan.... 

Ada usaha untuk menyembunyikan bukti daripada perbicaraan Najib dan penglibatan Zeti?

Image
Ada usaha untuk menyembunyikan bukti daripada perbicaraan Najib dan penglibatan Zeti? Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155691 - Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata bahawa SPRM hanya ditugaskan untuk pemulangan wang dari Singapura dan menyerahkan siasatan kepada PDRM. Persoalannya SIAPA yang mengarahkan SPRM tidak menyiasat dan MENGAPA? Siasatan oleh SPRM dan PDRM akan mengambil sudut yang sangat berbeza kerana PDRM tidak akan menyiasat rasuah atau salah guna kuasa di bawah akta SPRM. Dan juga mengapa PDRM mengambil masa yang lama untuk menyiasat? " Dakwaan berkaitan 1MDB: SPRM tak siasat suami Zeti, kata Azam " https://www.malaysiakini.com/news/612583 BERITA YANG MENGEJUTKAN! Menurut kenyataan SPRM hari ini: - Tommy tahu tentang penglibatan keluarga Zeti pada akhir 2018. -Tommy adalah orang yang meminta SPRM menghantar pulang dana keluarga Zeti dari Singapura - Tommy adalah orang yang memutuskan SPRM tidak perlu menyiasat tetapi polis harus menyiasat - ini juga bermakna po

Suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dirasuah untuk mendapat kelulusan "belum pernah terjadi sebelum ini" bagi pemindahan wang, Mahkamah AS diberitahu

Image
Suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dirasuah untuk mendapat kelulusan "belum pernah terjadi sebelum ini" bagi pemindahan wang, Mahkamah AS diberitahu Baca seterusnya: pakdin.my/155229 Pindahan berbilion dolar telah diluluskan oleh bekas gabenor Zeti Akhtar Aziz untuk dibawa keluar Malaysia dengan segera. Saksi utama perbicaraan rasuah 1MDB di AS terhadap ahli bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng dilaporkan memberi keterangan bahawa suami kepada bekas Gabenor Bank Pusat Malaysia (BNM) telah disogok untuk mendapatkan kelulusan pemindahan wang yang belum pernah berlaku sebelum ini. Saksi itu, Tim Leissner, yang merupakan bekas pengerusi operasi Asia Tenggara Goldman berkata Roger telah memberitahunya bahawa gabenor BNM ketika itu Zeti Akhtar Aziz telah meluluskan transaksi bernilai bilion dolar untuk dibawa keluar dari Malaysia. Leissner, 52 memberitahu demikian ketika disoal oleh Pendakwaraya Drew Rolle. Rolle: “Adakah anda pernah membincangkan isu di PetroSaudi dan 1MDB

SRC: Satu lagi pendedahan mengejutkan

Image
 SRC: Satu lagi pendedahan mengejutkan [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153739 ] Pendakwa raya dalam kes SRC tidak pernah mendedahkan kepada pasukan pembelaan Najib bahawa Nik Faisal pernah mengambil mana-mana wang SRC. Malah, pihak pendakwa sebenarnya memberitahu mahkamah bahawa Nik Faisal tidak menerima sebarang wang SRC apabila berhujah bahawa Nik Faisal tidak mempunyai kepentingan peribadi dan beliau bertindak atas arahan Najib. Ini juga alasan yang diberikan oleh pihak pendakwa (yang dipersetujui oleh hakim) untuk menolak fakta bahawa 14 arahan pemindahan dana kepada bank (yang diterima oleh bank) telah dipalsukan. (Dan tidak, hakim tidak pernah menegur atau mengambil tindakan ke atas pihak pendakwa kerana mengemukakan begitu banyak dokumen palsu sebagai bahan bukti rasmi mahkamah untuk diterima sebagai benar. Hakim mahupun pihak pendakwa juga tidak peduli untuk mengetahui siapa yang memalsukan tandatangan tersebut pada pemindahan dana bernilai puluhan berjuta-juta.) "None of S

‘Saya curi tapi kamu, keluarga berbilion-bilion aset?’, Najib sindir Dr M berhubung dakwaan kes SRC

Image
‘Saya curi tapi kamu, keluarga berbilion-bilion aset?’, Najib sindir Dr M berhubung dakwaan kes SRC [LINK:  https://pakdin.my/?p=153310 ] Saya dihukum atas dakwaan salah guna kuasa sebab saya terlibat dalam mesyuarat kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC pada tahun 2011. Ianya bukan saya yang mengesyorkan ataupun mengemukan kertas kabinet tersebut. Namun dua lalu, satu dokumen 14 halaman yang disyaki adalah kertas siasatan rasmi SRPM memberitahu bahawa bekas menteri kabinet yang mengesyorkan dan mengusulkan kertas kabinet tersebut telah menerima sebanyak RM85 juta dari Jho Low pada tahun 2019 untuk disimpan dalam akaun proksinya di Singapura. Namun, hakim tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan. Tun Mahathir juga senyap dengan pendedahan ini walaupun ianya melibatkan orang kuat Tun. Akibat mesyuarat kabinet tahun 2011 itu, saya juga didakwa dan dihukum sebab saya dikatakan melanggar akta AMLA pada tahun 2014 dan 2015 setelah RM42 jut