Posts

Showing posts with the label Pembuli Jalan

[Video] Polis buru pemandu Myvi putih ugut hayun kayu, pandu bahaya

Image
[Video] Polis buru pemandu Myvi putih ugut hayun kayu, pandu bahaya.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158385    Satu kertas siasatan dibuka berhubung kes pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan bertindak menghayun sebatang kayu kepada pemandu lain, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), seperti yang tular di media sosial, hari ini. Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki, pada 9 malam tadi, susulan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Perodua Myvi itu. Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu, di Jalan MRR2, berhampiran Taman Layang-Layang, namun secara tiba-tiba sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang berada di hadapan, bertindak membrek sedikit demi sedikit. “Ia menyebabkan mangsa hampir berlanggar dengan kereta terbabit sebelum suspek mengeluarkan sebatang kayu panjang melalui tingkap keretanya sambil menjerit-jerit, namun mangsa tidak pasti apa yang dituturkan lelaki itu. “Mangsa mengabaikan perkara