Posts

Showing posts with the label Perkauman

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Image
[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk memantau hantaran berkisarkan naratif kaum dan agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata menurut laporan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), orang politik menggunakan isu agama dan perkauman menerusi laman sosial untuk kepentingan politik. “(Tindakan) ini mewujudkan perpecahan antara pengikut parti yang berbeza tetapi menjadi penganut agama yang sama. Saya harap KKD melalui MCMC harus memantau tulisan yang menjurus ke arah itu,” katanya dalam sidang media selepas sesi libat urus program Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bersama masyarakat, di sini hari ini. Media ha

Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo

Image
Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165031 KUCHING -- Sarawak perlu terus mengekalkan dan mengutamakan aspek perpaduan serta keharmonian kaum dalam beragama tanpa mengetepikan kesucian Islam, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata perpecahan akibat isu perkauman hanya merugikan Sarawak yang akan menjangkau usia 60 tahun kemerdekaan pada 22 Julai ini.  “Ia (perpaduan) merupakan asas yang sangat perlu untuk sesebuah masyarakat bergerak maju ke hadapan. Setelah 60 tahun merdeka, kini Sarawak sangat berpotensi menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching anjuran Jabatan Mufti Sarawak, di sini hari ini.  Abang Johari berkata meskipun ada kalanya rakyat Sarawak yang terdiri daripada berlainan bangsa dan agama mempunyai perbezaan pendapat, perkara itu tidak pe