Posts

Showing posts with the label Ahli Parlimen

Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM

Image
Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160690/ Zuraida Kamaruddin mendakwa tiga Ahli Parlimen dan dua ADUN akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Presiden pengganti PBM itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelima-lima wakil rakyat terbabit. “Ketika ini PBM ada empat Ahli Parlimen iaitu Ampang, Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Mohamaddin Ketapi). Ini bermakna ada tiga lagi (Ahli Parlimen) baharu akan sertai PBM. “Begitu juga dengan ADUN, buat masa ini PBM ada lima ADUN, iaitu tiga di Perak dan dua di Selangor. Jadi, akan ada dua lagi ADUN bakal sertai PBM,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang. Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat parti itu di Taman Daya, Johor Bahru, menurut Utusan Malaysia. Zuraida yang juga menteri perusahaan, perladangan dan komoditi berkata, PBM mempunyai lebih 40,000 ahli daripada 177 bahag

Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM?

Image
Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM? Selanjutnua di:  https://pakdin.my/159641 Sudah menyerahkan surat keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengubah fikiran namun, dia tetap akan meneruskan langkahnya untuk keluar. Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti langkah Datuk Seri Azmin Ali untuk keluar daripada PKR susulan Langkah Sheraton. Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, dilaporkan keluar daripada PPBM. Berdasarkan satu sumber, Santhara dilaporkan sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, minggu lalu. Kata sumber berkenaan, langkah Santhara itu dibuat selepas beliau berasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin gelap. "Presiden juga tahu mengenainya, namun pada masa ini pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengub

[Video] Khairuddin umum keluar PAS serta merta, jadi Ahli Parlimen bebas

Image
[Video] Khairuddin umum keluar PAS serta merta, jadi Ahli Parlimen bebas Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156947 - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS, berkuat kuasa hari ini. Beliau berkata, tindakannya itu selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dengan ia sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam pertemuan di Bangunan Parlimen, pada jam 2.30 petang tadi. Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu bagaimanapun enggan mendedahkan alasan berhubung pendiriannya itu, selain menegaskan beliau akan menjadi Ahli Parlimen Bebas. "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS atas peluang menjadi ahli selama 33 tahun, sejak 1989 dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepemimpinan sejak 1999. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PAS yang memberi peluang untuk dicalonkan pada pilihan raya, seterusnya menj