Posts

Showing posts with the label Tin Sardin

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

Image
[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160373/ KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pada 3 Ogos 2022 jam 13:00. Insiden sekitar pukul 1 petang itu menyebabkan kesesakan trafik lebih tiga kilometer apabila laluan ke selatan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laluan ke selatan terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan mengalihkan kenderaan dijalankan. Katanya, semua kenderaan arah selatan dilencongkan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar melalui Sungai Siput untuk ke Ipoh. “Keadaan lori kontena yang melintang jalan menyebabkan laluan arah selatan terpaksa ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja pengalihan. “Anggota polis ditempatkan di lokasi kejadian bagi membantu