Posts

Showing posts with the label Langgar Lari

[Video] Lelaki maut dalam kejadian langgar lari

Image
[Video] Lelaki maut dalam kejadian langgar lari Selanjutnya:  https://pakdin.my/158329 - BINTULU: Seorang lelaki maut dilanggar oleh sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti dalam kejadian dipercayai langgar lari di Lorong Permata 2, di Jalan Sungai Plan Tanjung Kidurong, hari ini. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Bingkok John, lelaki berusia 23 tahun itu disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Katanya, siasatan awal mendapati dalam kejadian sekitar jam 5.15 pagi itu, mangsa dipercayai sedang memandu keretanya dari arah Sungai Plan menghala ke pusat bandar. "Sampai di lokasi insiden, mangsa memberhentikan keretanya dan keluar melintas jalan sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan," ujar beliau. Kes itu menurut Bingkok akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat. Ketua Bahagian Sias

[Video] Grand Livina sudah ditemui, polis giat kesan suspek sebabkan kemalangan maut, samun di LPT2

Image
[Video] Grand Livina sudah ditemui, polis giat kesan suspek sebabkan kemalangan maut, samun di LPT2  BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/155191 SEBUAH Nissan Grand Livina yang dibawa lari dua suspek kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT) semalam ditemui ditinggalkan di kawasan letak kereta Kolej Komuniti Kuantan, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kenderaan pelbagai guna itu ditemui kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi. Katanya, pihak polis juga sudah berjaya mengenal pasti identiti kedua-dua suspek dan yakin dapat membuat tangkapan dalam masa terdekat. “Kedua-dua suspek berusia 20 dan 30-an itu adalah penduduk tempatan. Hasil semakan dilakukan, polis mendapati seorang daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau berhubung dengan kesalahan dadah,” katanya ketika dihubungi UtusanTV. Semalam polis Kemaman membuat hebahan bagi mengesan dua suspek lelaki yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 269, LPT2 pada p