Posts

Showing posts with the label Tangkap Ikan

[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162356/?amp=1 PASIR PUTEH -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot tunda dan 13 kru nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, Khamis lepas. Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata nelayan yang berumur antara 18 hingga 53 tahun dan bot berkenaan ditahan di kedudukan 125 batu nautika dari pantai Tok Bali pada 9.41 pagi 9 Februari 2023 selepas dikejar hampir dua jam. "Sebelum ditahan, mereka bertindak secara agresif dengan melakukan provokasi termasuk membuang tali dan pukat bagi menghalang Kapal Maritim (KM) Amanah mendekati bot mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM di Tok Bali, di sini hari ini. Beliau berkata selain itu nelayan terbabit turut mencurahkan minyak diesel di atas lantai bot bagi tujuan menghalang anggota penguat kuasa menaiki bot mereka. Menurutnya bagaimana