Posts

Showing posts with the label Fatwa

Fatwa: Kahwin kontrak

Image
Fatwa: Kahwin kontrak https://pakdin.my/174880/ Terdapat laporan di dada akhbar baru-baru ini terutama tentang janda dan anak dara tua beralih memilih lelaki asing sebagai pasangan bagi mengelak stigma masih tidak berkahwin. Dikatakan wanita ini yang majoritinya stabil dari segi kewangan akan menawarkan kepada bakal pasangan mereka elaun bulanan, tempat tinggal, kereta, motosikal serta peluang perniagaan. Ganjaran ini yang adakalanya sebahagian daripada perjanjian perkahwinan yang dikenali sebagai perkahwinan kontrak apabila pasangan secara tidak rasmi berjanji untuk kekal berkahwin untuk tempoh tertentu sehingga lima tahun. Pensyariatan perkahwinan termasuk dalam maqasid syariat untuk memelihara keturunan(حفظ النسل) dan dapat mengelak daripada berlakunya zina dan memperbanyakkan umat Nabi SAW. Maqasid dari perkahwinan juga bertujuan untuk beranak-pinak, berkasih-sayang dan bersilaturahim. Perkahwinan kontrak atau dalam istilah yang lain juga disebut mut’ah, mu’aqat atau munqath’i adal

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Image
[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999 Ahmad Zahid Hamidi membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pemberian wang dikatakan menyogok pengundi menjelang PRU15. Presiden Umno itu berkata, ulama perlu mempunyai integriti dan tidak menukar-nukar fatwa mengikut “selera” sendiri. “Kalau dia (PAS) buat, sedekah, kalau kita bagi rasuah,” katanya. “Ulama-ulama ni, jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa. Ulama kena ada integriti sebagai ulama, (jika tidak) ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam.” Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Kuala Lumpur. https://youtube.com/shorts/rh20xagEgeU?feature=share Turut hadir, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, diiringi isterinya Dr Wan Azizah Ismail. Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan T