Posts

Showing posts with the label BERSATU

Muhyiddin akur suara parti, akan pertahan jawatan Presiden Bersatu

Image
Muhyiddin akur suara parti, akan pertahan jawatan Presiden Bersatu BACA di: https://pakdin.my/173834 Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk mempertahankan jawatannya dan akan bertanding pada pemilihan parti dijadualkan tahun depan. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan hasrat yang disuarakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan ahli perwakilan yang meminta beliau untuk terus menerajui parti. “Sebenarnya isteri saya meminta saya untuk kekal menerajui parti untuk satu penggal lagi dan jangan kecewakan mereka. Dia kata teruskan, Bersatu masih perlukan saya, dan saya kata: I will stay for the last term,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 di sini hari ini.  Semalam, Muhyiddin mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan bagi memberi ruang kepada pemimpin pelapis mengambil alih kepimpinan parti mengikut proses demokrasi. Susulan itu, MPT dan per

🎦 Analisis: Masa depan politik Muhyiddin Yassin diragui ekoran krisis dalam parti Bersatu

Image
🎦 Analisis: Masa depan politik Muhyiddin Yassin diragui ekoran krisis dalam parti Bersatu Bekas perdana menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin kini berhadapan pemberontakan secara senyap-senyap melibatkan beberapa ahli parlimen parti Bersatu yang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada kerajaan perpaduan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. BACA di: https://pakdin.my/173702 Pemberontakan politik dikatakan sedang berlaku dalam parti pembangkang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menandakan masalah serius yang dihadapi presiden parti, yang juga bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin. Empat Ahli Parlimen Bersatu baru-baru ini secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka kepada kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menandakan perpecahan dalam Bersatu, sedang parti itu sendiri berhadapan dengan ketegangan melibatkan pucuk pimpinannya.  Pada mesyuarat kepimpinan tergempar pada Khamis (9 Nov), Muhyiddin dilaporkan menyalahkan krisis itu kepada pihak tidak dikenali yang berniat untuk melemah

🎦 Bersatu buat laporan polis, SPRM dakwa wujud ugutan, rasuah

Image
🎦 Bersatu buat laporan polis, SPRM dakwa wujud ugutan, rasuah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170712 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dua lagi ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan. Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu dibuat kerana mendakwa wujud ugutan dan rasuah yang mempengaruhi keputusan ahli Parlimen berkenaan. Menurutnya, tawaran pemberian peruntukan itu kepada wakil rakyat PN secara tidak langsung telah melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. “Sebelum ini, Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin ada membuat kenyataan berikutan kes-kes ahli Parlimen Bersatu yang diugut dan ditawarkan faedah kewangan. “Kita sudah kumpul maklumat contohnya dalam kes Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim ada memaklumkan dalam mesyuarat Bersatu Kelantan bahawa dia ada menerima tawaran, namun menolak. “Pun begitu,

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Image
[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644 Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta. Muhyiddin, 75, yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. “Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin.  Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, bagi parti Bersatu. Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau didakwa sebagai perdana menteri dan presiden parti itu telah menggunakan kedudukannya un

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Image
[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1 Seorang pengarah syarikat perabot didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa berjumlah RM12.875 juta antara Julai 2021 sehingga November tahun lalu. Tertuduh, Datuk Teo Wee Cheng, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut pertuduhan pertama dan kelima, tertuduh yang juga pengarah syarikat SSH Furniture Sdn. Bhd. didakwa meminta rasuah masing-masing RM3.975 juta dan RM7.4 juta iaitu sepuluh peratus daripada harga sebenar projek menaik taraf jalan dibawah Jana Wibawa. Tertuduh didakwa membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn. Bhd. bagi mendapatkan projek di dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, Segamat serta bersetuju melantik Syarikat TS

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

Image
[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung siasatan ke atas kewangan parti itu. SPRM yang mengesahkan perkara itu kepada New Straits Times berkata, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan bekas Perdana Menteri, akan dipanggil dalam tempoh terdekat. "Muhyiddin akan dipanggil bagi dirakam kenyataan mengenai dakwaan RM300 juta yang diterima parti terbabit sebagai dana politik daripada kontraktor yang dianugerahkan projek ketika pentadbirannya," katanya. Sumber terbabit turut mengesahkan dua akaun bank milik BERSATU dengan jumlah baki RM40 juta sudah dibekukan suruhanjaya berkenaan. VIDEO berkaitan: https://youtube.com/shorts/qE7iOV57bbw Katanya, beberapa pemimpin BERSATU juga sudah dipanggil untuk direkod kenyataan, termasuk bendahari parti terbabit. "Hasil pemeriksaan menunju

[VIDEO] Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir

Image
Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162319/?amp=1 Dia tubuh UMNO baharu, dia keluar. Dia tubuh BERSATU, dia dipecat. Dia tubuh PEJUANG, dia keluar. Dia juga yang kata: "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." Dr Mahathir umum keluar UMNO https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/02/129297/dr-mahathir-umum-keluar-umno Tun M tubuh parti baharu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/607969/tun-m-tubuh-parti-baharu Tun M dipecat dari Bersatu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/583424/tun-m-dipecat-dari-bersatu Mahathir keluar Pejuang https://www.malaysiakini.com/news/654686 "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." - Mahathir BACA seterusnya di: https://t.co/l3ULoI8DWZ pic.twitter.com/WeaJJ37Qb4 — Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) February 11, 2023

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Image
[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160851/ Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Razali Idris, berkata sebaliknya apa dimaksudkan Muhyiddin ketika mengulas hasil pertemuan dengan pemimpin PAS termasuk Abdul Hadi Awang Isnin lalu itu, bahawa parti itu perlu membuat membuat pendirian lebih jelas soal kerjasama dalam pilihan raya. “Muhyiddin kata hasil perbincangan dengan presiden PAS beliau mendapat bayangan PAS akan membuat keputusan sama ada bersama Umno atau bersama PN. Itu sahaja, tak nampak beliau desak atau tekan PAS, saya tak nampak, tiada istilah kata dua. “Muhyiddin masih lagi meraikan kehendak PAS menjayakan penyatuan ummah. Kita Bersatu tak marah PAS jumpa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi,” katanya. Beliau berkata de

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : "Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!"

Image
[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : "Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160722/ Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri wawancara politiknya sebelum ini, jelas dia hanya mentafsirkan kegusarannya melihat parti politik orang Melayu yang terus berpecah menyebabkan undi Bumiputera Melayu terpilah-pilah menjadi habuan hidangan musuh politik! TIDAK HANYA MAHU AGAR PAS SEDAR, SEMOGA GENG LEBAI DAN WALAOON MOHON TERASA; ITU PUN JIKA SARAF UKHUWWAH MASIH BERFUNGSI DOMINAN MENJINAKKAN SARAF SERAKAH KUASA! Stay Tuned... #RapidResponseTeam Squad Siasat  Abata Sumber: https://web.facebook.com/100005964318997/videos/759457931794339/

Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM?

Image
Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM? Selanjutnua di:  https://pakdin.my/159641 Sudah menyerahkan surat keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengubah fikiran namun, dia tetap akan meneruskan langkahnya untuk keluar. Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti langkah Datuk Seri Azmin Ali untuk keluar daripada PKR susulan Langkah Sheraton. Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, dilaporkan keluar daripada PPBM. Berdasarkan satu sumber, Santhara dilaporkan sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, minggu lalu. Kata sumber berkenaan, langkah Santhara itu dibuat selepas beliau berasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin gelap. "Presiden juga tahu mengenainya, namun pada masa ini pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengub