Posts

Showing posts with the label Bencana

Ketua Pengarah NADMA selaras operasi bantuan bencana di Sabah – Ahmad Zahid

Image
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kini berada di Sabah bagi menyelaras operasi bantuan bencana bersama agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta jawatankuasa bencana peringkat negeri dan daerah. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata koordinasi itu dibuat susulan kelulusan segera peruntukan RM10 juta daripada Tabung Bencana Negara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. “Melalui RM10 juta ini, bantuan bukan hanya diberikan secara tunai kepada setiap keluarga yang rumah mereka terjejas akibat tanah runtuh atau banjir, tetapi juga akan digunakan untuk pembinaan rumah baharu Projek Perumahan Rakyat Sementara (PPRS) bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. Beliau berkata kerjasama erat dengan Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah dan jawatankuasa peringkat daerah akan menentukan jumlah sebenar rumah yang perlu dibina untuk mangsa ben...

Bantuan Bencana BN dan BNCOMMS: Pahang

Image
  Bantuan Bencana BN dan BNCOMMS: Pahang [Sumber: https://pakdin.my/?p=153533 ] Misi Bantuan Bencana Barisan Nasional dan BNCOMMS hari ini diteruskan ke beberapa lagi kawasan di sekitar Pahang yang terkesan akibat banjir. Menurut Penyelarasnya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada minggu ini pasukan Bencana BN dan BNCOMMS akan turun padang sekali lagi ke Negeri Sembilan dan seterusmya ke Johor pada hujung minggu ini. “Minggu ini misi akan diteruskan dimana Jumaat ini akan sekali lagi ke Negeri Sembilan dan ditamatkan di Johor pada Sabtu,” katanya menerusi catatan di Facebook. Selain itu turut bersama menjayakan misi bantuan ini adalah pasukan perubatan BNCOMMS yang dilaksana oleh Medisena Care & Optimum Malaysia. Pasukan perubatan (Team Medic BN) menyediakan rawatan percuma kepada yang memerlukan. “Kami memulakan minggu terakhir misi ini daripada Pusat Operasi Bantuan Bencana BN dan BNCOMMS di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur,” katanya. BACA juga: 📷 Bantuan Bencana BN dan B...