Posts

Showing posts with the label BKKM

[VIDEO] Gerai roti canai popular diarah tutup 14 hari

Image
[VIDEO] Gerai roti canai popular diarah tutup 14 hari BACA seterusnya di https://pakdin.my/161439 GEORGETOWN: Gerai roti canai popular di sini, diarah tutup berkuatkuasa hari ini sehingga 16 Januari susulan tahap kebersihan tidak memuaskan. Notis dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut itu dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Premis terbabit turut menerima kompaun RM500 kerana gagal menghantar pekerja bagi mengambil kursus pengendalian makanan. Manakala tahap kebersihan kedai berkenaan didapati tidak memuaskan selain menggunakan telur yang terdapat najis ayam sebagai bahan bagi membuat makanan. Turut menerima kompaun RM500 ialah gerai minuman berhampiran gerai roti canai itu yang dikesan mempunyai pencemaran silang pada peti penyimpanan ais. Terdahulu, pemeriksaan dilakukan kira-kira 11 pagi ketika premis berkenaan dipenuhi dengan pelanggan yang menjamu selera. Tinjauan ketika operasi itu mendapati, ramai pengunjung be