Posts

Showing posts with the label Pilihan Raya

[VIDEO] UMNO dan Isyarat Pilihan Raya Awal: Antara Mandat Baharu dan Realiti Politik Semasa

Image
  Isu pembubaran Parlimen dan penetapan tarikh Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kembali menjadi tumpuan susulan kenyataan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang menyuarakan pandangan bahawa pilihan raya umum adalah lebih wajar diadakan lebih awal berbanding menunggu penggal Parlimen berakhir sepenuhnya pada penghujung tahun 2027. Pandangan tersebut mencetuskan pelbagai tafsiran mengenai hala tuju jentera BN serta dinamik gabungan Kerajaan Perpaduan. Rasional di Sebalik Desakan PRU Awal Cadangan mempercepatkan PRU16 bersandarkan beberapa pertimbangan strategik utama: Membaharui Mandat Rakyat: Zahid berpandangan bahawa pilihan raya awal memberi peluang kepada parti dan gabungan untuk menguji sokongan akar umbi secara terus serta memperkukuh keabsahan mandat pentadbiran. Kesiapsiagaan Jentera: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini telah memberi lampu hijau bersyarat kepada kepimpinan negeri bagi merangka strategi di pe...

31 Mei 2026: Rangkuman berita politik Malaysia dalam teater busuk — Semua pihak berebut, semua pihak berkhianat

Image
Hari ini Malaysia tidak menunjukkan sebarang tanda akan sembuh daripada penyakit kroniknya. Sebaliknya, ia semakin terang-terangan memamerkan wajah sebenar: politik yang hanya sibuk dengan survival elit, perpecahan dalaman, dan pengkhianatan strategik. Semua pihak — kerajaan mahupun pembangkang — sedang mengasah pisau masing-masing. Rakyat? Masih duduk di bangku penonton, semakin bosan dan semakin muak. Di Melaka , Perikatan Nasional mengumumkan akan bertanding di kesemua 28 kerusi DUN. Muhyiddin Yassin memberi isyarat “kami bersatu”. Namun dalam masa yang sama, Ahmad Fadhli Shaari dari PAS pula menyatakan PAS dan Bersatu wajar bertanding secara berasingan. Inilah “Perikatan” yang sebenarnya — perpaduan palsu yang sudah retak sebelum pilihan raya pun bermula. Perpecahan ini bukan kesilapan. Ia adalah tabiat. Dan tabiat ini memberi ruang kepada BN untuk ketawa kecil di belakang tabir. Siapa yang rugi? Bukan pemimpin mereka. Rakyat Melaka yang akan terus dipermainkan dengan janji koso...

Apa kah masih ada harapan untuk UMNO kembali menerajui negara?

Image
Peluang Parti UMNO (United Malays National Organisation) untuk kembali memerintah Malaysia bergantung pada beberapa faktor, termasuk dinamika politik dalam negeri, dukungan rakyat, dan kemampuan parti tersebut untuk beradaptasi dengan perubahan politik dan sosial.  Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi peluang UMNO: 1. Sejarah dan Warisan UMNO        - UMNO adalah parti politik tertua dan paling dominan dalam sejarah Malaysia, memerintah negara tersebut sejak kemerdekaan pada tahun 1957 hingga tahun 2018.      - Parti ini memiliki jaringan yang kuat di kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera, serta memiliki akar yang mendalam dalam politik Malaysia. 2. Kekalahan dalam Pilihan Raya Umum 2018        - UMNO kehilangan kuasa dalam Pilihan Raya Umum 2018 kepada Pakatan Harapan (PH), yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini adalah kekalahan pertama UMNO sejak kemerdekaan.        - Kekalahan in...
Image
SPR Thailand sahkan keputusan pilihan raya bolehkan pembentukan kerajaan baharu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165932 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand hari ini memperakui keputusan Pilihan Raya Umum 14 Mei lepas yang membuka laluan kepada penggal baharu Parlimen yang akan bersidang dalam tempoh 15 hari selain pembentukan kerajaan baharu dalam tempoh beberapa minggu lagi. Kesemua 500 kerusi Dewan Perwakilan - 400 kerusi kawasan pilihan raya dan 100 kerusi senarai parti yang diperuntukkan berdasarkan perwakilan berkadar, telah pun disahkan. Setiausaha Agung SPR, Sawaeng Boonmee, berkata walaupun SPR telah memperakui keputusan semua kerusi, siasatan mengenai penipuan pilihan raya akan terus dijalankan dalam tempoh setahun. Selepas pengesahan kesemua 500 Ahli Parlimen hari ini, Parlimen baharu mesti bersidang dalam tempoh 15 hari untuk memilih Speaker dan timbalan speaker yang baharu. Speaker Dewan akan menetapkan tarikh sesi bersama 500 ahli Dewan Perwakilan yang dipilih dan...

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

Image
[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009 Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pihak yang menggunakan istilah seperti ‘sedekah’ dan ‘komisyen’ untuk melunakkan rasuah. Katanya, fahaman yang melunakkan rasuah dengan istilah seperti ‘sedekah’ dan ‘komisyen’ boleh menjejaskan negara dan masyarakat. “Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’ okay. Ini fahaman yang boleh merugikan negara dan masyarakat,” katanya ketika berucap di rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Anwar menjelaskan sedekah yang dialu-alukan adalah pemberian yang diredai Tuhan untuk kepentingan dan faedah masyarakat. kkkkkkkkk “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” Sebelum ini, Presiden PAS, Hadi Awang, dikritik pelbagai pihak kerana mempertahankan pemberian wang selepas partinya didakwa menyogok pengundi beberapa hari sebelum PRU15. Parti ...
Image
[VIDEO] PRU 19 Nov, penamaan calon 5 Nov BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161000 Pilihan raya umum ke-15 (PRU) ditetapkan pada 19 Nov, dengan tarikh pengundian awal pada 15 Nov. Pada sidang media, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan 5 Nov sebagai tarikh penamaan calon. Parlimen dibubarkan pada 10 Okt lepas bagi membuka laluan untuk PRU15 diadakan. PRU15 akan melibatkan pengundian bagi kerusi Parlimen di seluruh negara, dan bagi kerusi DUN di negeri-negeri yang membubarkan DUN, iaitu Perak, Pahang dan Perlis. Turut diadakan serentak ialah pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah, yang kerusinya kosong setelah wakilnya, Manis Muka Mohd Darah daripada Warisan, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang pada 17 Nov 2020. https://youtu.be/wOk4tBzMdG8 Tempoh berkempen bagi PRU15 ditetapkan selama 14 hari, bermula pada hari penamaan calon. Menurut Abdul Ghani, seramai 21,173,638 juta pengundi layak mengundi pada PRU kali ini, berdasarkan daf...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Image
Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160808/ Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar menunjukkan kekalutan beliau untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangkakan tidak lama lagi. Rakyat sudah lama tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpinnya sememangnya memusuhi BN dengan objektif menamatkan BN. Segala bicaranya mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini cumalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU-15 semakin menghampiri. Perlu difahami permulaan penubuhan PPBM dengan 'misi' untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi melenyapkan BN khususnya UMNO. Selepas gagal, PPBM mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin UMNO yang permah mereka zalimi. Juga dengan sasaran BN akan berada d...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Image
[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU BACA seterusnya https://pakdin.my/160748/ Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas, ‘top 5’ pun ada di sini, timbalan (Mohamad Hasan) ada di sini, semua ada di sini. Dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk bincang (tarikh pilihan raya umum),” kata Ismail yang juga naib presiden Umno. Kata-kata Ismail kemudian mendapat sorakan Pemuda BN yang secara jelas mahukan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan segera. “Kalau beginilah semangatnya, sikit lagi…tak lama lagi,” sambung Ismail. Ismail bagaimanapun mengingatkan jentera Pemuda BN tidak terlalu gopoh mendesak PRU diadakan, agar “peristiwa hitam” pada PRU14 tidak berulang kali ini. “Yang penting apabila Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan kita mesti menang, itu paling penting. Kalau PRU diadakan dan kita tak mampu, kita akan kembali seper...

[VIDEO] "Sikit jer lagi" : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Image
"Sikit jer lagi" : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi? BACA seterusnya https://pakdin.my/160742/ Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji akan membubarkan parlimen dalam tempoh sedikit masa lagi. Yang pasti, ikrarnya itu pasti mampu bikin cempera menggelabah blok oposisi yang begitu berharap MOU dilanjutkan sebagai helah untuk mereka menyusun strategi sekaligus menyerang bertubi-tubi dakyah dan propaganda palsu terhadap UMNO-BN. Umum begitu maklum Pakatan Harapan sukar bangkit selepas dilabel "Kaki Kencing" ekoran siri-siri "Manifesto Scam" koalisi itu yang gagal dilaksana dan ini terbukti selepas mereka ditolak di tujuh PRK termasuk di tiga PRN - Melaka, Sarawak dan Johor! Dan bagi Perikatan Nasional (PN) pula, kegagalan serius mereka mengurus pandemik telah memberi kesan dan musibah besar ter...

Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM

Image
Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160690/ Zuraida Kamaruddin mendakwa tiga Ahli Parlimen dan dua ADUN akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Presiden pengganti PBM itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelima-lima wakil rakyat terbabit. “Ketika ini PBM ada empat Ahli Parlimen iaitu Ampang, Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Mohamaddin Ketapi). Ini bermakna ada tiga lagi (Ahli Parlimen) baharu akan sertai PBM. “Begitu juga dengan ADUN, buat masa ini PBM ada lima ADUN, iaitu tiga di Perak dan dua di Selangor. Jadi, akan ada dua lagi ADUN bakal sertai PBM,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang. Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat parti itu di Taman Daya, Johor Bahru, menurut Utusan Malaysia. Zuraida yang juga menteri perusahaan, perladangan dan komoditi berkata, PBM mempunyai lebih 40,000 ahli daripada 177 bahag...

PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat

Image
PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160633 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan. Mohamad berkata, cuma perdana menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya akan diadakan. “Pilihan raya umum sudah tidak lama, perdana menteri sudah bagi komitmennya, tapi dia tak boleh bagi tarikh…takkan dia hendak bagi tarikh sehingga dia terpaksa kata takkan saya hendak bawa tahun depan. “Jadi, jelas sangatlah, jelas pilihan raya tahun ini. Kalau pilihan raya umum tahun ini takkan hendak buat bulan 12, nanti orang berenang pula pergi mengundi. Bulan 12 di Pahang bukan calang-calang banjir. “Jadi, itu jangka masa yang kita perlu perhatikan betul-betul, gerak kerja kita, kita buat sebelum bulan 12,” katanya menurut Utusan Malaysia. Mohamad yang leb...

Kembali bersatu, ikut ‘haluan Umno’ demi menang PRU, kata Khaled

Image
Kembali bersatu, ikut ‘haluan Umno’ demi menang PRU, kata Khaled Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160209 Haluan yang perlu diikut itu adalah ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden, perdana menteri, mana-mana kelompok atau kluster. Ini penting untuk Umno menang pilihanraya dan mendapat mandat baharu. Perdana menteri harus menjadi suara kepada Umno manakala presiden parti pula menjadi jurubicara bangsa Umno mesti bersatu dengan satu haluan dan mencari jalan keluar daripada kerajaan sedia ada yang bersifat sementara melalui pilihan raya yang demokratik. Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata, haluan yang perlu diikut itu adalah ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden atau perdana menteri, mahupun mana-mana kelompok atau kluster. Beliau juga mengingatkan parti agar tidak terikut-ikut dengan segala percaturan atau perbalahan yang hanya akan melemahkan parti secara dalaman terutama ketika fokus utamanya adalah untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). “Untuk menang pilihan...

Benarkan tiada tarikh tamat MoU seperti yang di katakan oleh Annuar Musa?

Image
Benarkan tiada tarikh tamat MoU seperti yang di katakan oleh Annuar Musa? Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159193   Dalam MoU ada di tulis 2. Tempoh masa       2.1 . Persefahaman ini hendaklah berkuatkuasa daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke - 14.     3.1 . Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen SEBELUM 31 haribulan Julai 2022 . Jadi jika parlimen dibubarkan pada 1 Ogos 2022 bermakna tarikh tamat MOU ialah 31 Julai lah kan.? Menteri Komunikasi tapi komunikasinya mengelirukan rakyat. Kah kah kah.

Muhyiddin gesa ahli PPBM mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang

Image
Muhyiddin gesa ahli PPBM mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang Sumber:  https://pakdin.my/157570 - Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli partinya disaran supaya bersedia dan tidak menunggu sehingga hari penamaan calon untuk berkempen supaya mendapat liputan seluas mungkin, ketika cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Muhyiddin berkata, saranan ini berdasarkan pengalaman beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, apabila tidak berkesempatan untuk mengunjungi seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  disebabkan keterbatasan waktu. Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), turut menggesa semua ahli sama ada yang mempunyai jawatan dalam kerajaan atau tidak, supaya berkempen bersama bagi menguatkan jentera pilihan raya gabungan itu. “Bercakap tentang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jangan tunggu bila dah hari penamaan calon baru kita nak berkempan,” katanya semasa sesi tem...